Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

HUDUD UMNO JANGAN LIBATKAN PAS

HUDUD UMNO PERLU DITERUSKAN, TAK KIRA IA BERBENTUK HUDUD SEKULAR, PAS JANGAN LIBATKAN
 
Hudud: Generasi muda Pas, Umno perlu main peranan
Wartawan Sinar Harian
6 Julai 2012
Ketua Pemuda Selangor, Ungku Salleh Ungku Jamal
$entry.content.caption.value
SHAH ALAM – Ketua Pemuda Umno Selangor, Ungku Salleh Ungku Jamal secara peribadi berpendapat, generasi muda Umno dan Pas perlu memainkan peranan penting dalam isu melibatkan pelaksanaan hudud yang dicadangkan oleh Ahli Dewan Undangan (Adun) Kemelah, Johor, Datuk Ayub Rahmat baru-baru ini.

Menurutnya, beliau melihat penambahbaikan dalam mencapai kata sepakat antara Umno dan Pas berhubung hudud juga seharusnya bermula dari peringkat golongan muda.


“Saya secara peribadi menyokong pelaksanaan hudud yang dicadangkan itu dan berharap janganlah perkara tersebut dipolitikkan.


“Bagaimanapun, saya lihat penambahbaikan Pas dan Umno perlu bermula dari golongan muda untuk mencapai tujuan tersebut kerana golongan pemimpin-pemimpin lama antara kedua-dua parti ini mungkin masih memendam perasaan tidak senang sesama sendiri,” katanya semalam kepada Sinar Harian, semalam.


Menurutnya, sekiranya mahu hudud diimplementasikan, apa yang perlu dilakukan adalah satu sesi penerangan secara menyeluruh mengenai hukum tersebut kepada orang ramai tidak kira sama ada Islam atau bukan Islam perlu dilaksanakan.


Katanya, langkah tersebut perlu dilakukan supaya tidak menimbulkan ketegangan antara kaum.


“Walaupun tak perlu dilaksanakan secepat mungkin tetapi apa yang paling penting adalah penerangan kepada orang bukan Islam malah orang Islam itu sendiri kerana mungkin ada dalam kalangan kita yang tak tahu dengan mendalam mengenai hukum hudud,” katanya.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.