Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

PERANG BADAR DI TELUK INTAN



HIMPUNAN HIJAU KE 2 DI TELUK INTAN

Dicatat oleh MisbahulMunir Tuesday, July 24, 2012 
 
Himpunan Hijau ke 2 akan diadakan sempena Sambutan Badr Al Kubra PAS Negeri Perak yang akan diadakan di Kg. Bahagia, Teluk Intan pada 05 Ogos 2012 bersamaan 16 Ramadhan.Tarikh tersebut dipilih sempena malam nuzul Quran dan keesokannya pula tarik Perang Badar.

 YB Datuk Seri Tuan Guru Hj Abdul Hadi Awang akan turun dalam program tersebut. Program yang lebih bersifat menaikkan semangat  dan momentum kepada ahli dan pendokong PAS dijangka dihadiri ribuan penyokong PAS seluruh Perak khususnya sebelah Selatan. 

Pada program tersebut juga beberapa bekas pegawai kerajaan akan membuat pengisytiharan menyertai PAS di hadapan Tuan Guru dan orang ramai.  


Program bermula buka puasa, dikuti solat fardhu Maghrib, Isya dan Solat Sunat Tarawih. Datuk Seri Presiden pula akan menyampaikan amanatnya kepada seluruh rakyat Perak yang hadir selepas Solat Sunat Tarawih. Turut juga akan menyampaikan ucapan malam itu ialah YB Datuk Seri Ir Hj Nizar dan PJ Perak.


Setiap tahun PAS Perak malahan PAS Pusat anjurkan majlis memperingati Perang Badar dengan tujuan mengambil semangat perjuangan para sahabat yang berjaya menghancurkan musuh Islam yang kuantitinya lebih ramai. Semangat inilah yang perlu diambil, dengan jumlah yang minoriti tetapi berbekalkan iman, jihad, pengorbanan dan ukhuwah berjaya menewaskan jumlah musuh yang jauh lebih ramai dan siap dengan perlengkapan senjata.


Orang ramai tidak wajar melepaskan peluang untuk berbuka puasa bersama Presiden dan seterusnya mendengar amanatnya.

1 orang berkata:

Anonymous said...

Berjayake? atau publisiti semata2

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.