Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

SUDAH NAFI, TAPI NAMA SUDAH CALAR

Setpol MB Kedah nafi terima rasuah RM1.3 juta

July 24, 2012
 
KUALA LUMPUR, 24 Julai — Setiausaha Politik kepada Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi Md Nor menafikan laporan blog pro-Umno yang mengaitkan dirinya dengan rasuah bernilai RM1.3 juta.  

Dakwaan itu adalah fitnah semata-mata dan Muhammad Sanusi enggan melayan apa yang didakwanya sebagai propaganda murahan oleh beberapa blog tempatan yang ingin mencari publisiti.

“Saya didakwa berada dalam lokap Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Kedah petang kelmarin, sedangkan ketika itu, saya hadir pada program Menteri Besar (MB) menyampaikan sumbangan Ramadan di Masjid Alor Semela, Jalan Datuk Kumbar,” katanya, seperti yang dilaporkan oleh akhbar Sinar Harian.

Muhammad Sanusi menyifatkan ini adalah diantara usaha untuk mengheret pemimpin PAS agar terjerat dalam perangkap musuh politik, terutama menjelang kehangatan Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 tidak lama lagi.

“Sepatutnya pihak yang sebarkan fitnah itu hormati bulan Ramadan.
“Saya tahu siapa dalang di sebalik cerita tidak berasas itu, dan tidak berhasrat mengambil apa-apa tindakan.

“Namun sekiranya ianya berterusan, saya tidak menolak kemungkinan menggunakan saluran perundangan,” katanya.

Beliau hanya mengetahui mengenai fitnah itu apabila dihubungi seorang rakan bertanyakan perkara itu, namun mengambil sikap berdiam diri selagi ianya tidak menjejaskan nama baiknya.

“Mungkin ada pihak yang tidak senang dengan keakraban saya dengan MB selaku Setiausaha Politik, dan mahu jatuhkan kredibiliti saya.

Mungkin juga ia antara agenda mahu calarkan imej MB dengan membuat serangan peribadi terhadap saya terlebih dahulu,” katanya.

Muhammad Sanusi berkata, pihaknya menyifatkan penyebaran fitnah itu sebagai usaha pihak tertentu untuk menimbulkan persepsi negatif terhadap pemimpin PAS Kedah.

Sejak 2 petang kelmarin, beberapa blog pro - Umno dilihat mencanang dakwaan konon Muhammad Sanusi sudah ditahan dalam lokap SPRM atas tuduhan rasuah bernilai lebih RM1.3 juta.

Laporan blog berkenaan turut mengaitkan sasaran seterusnya adalah Pegawai Kewangan Negeri Kedah, yang juga sepupu kepada MB, Datuk Mohd Puat Mohd Ali.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.