Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

Sunday, July 8, 2012

Najib merayu selamatkan Selangor dari jadi miskin dan huruhara? MalaysianInsider melaporkan


BANGI, 8 Julai — Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak hari ini menuntut rakyat Selangor supaya memberikan peluang kepada kerajaan Barisan Nasional (BN) untuk mentadbir kembali negeri tersebut yang kini berada di bawah kerajaan Pakatan Rakyat (PR). 

Najib dalam siri keenam Jelajah Janji Ditepati peringkat negeri Selangor di Bandar Baru Bangi hari ini turut menjelaskan, BN telah banyak berjasa sebelum ini dan telah membuktikan keupayaan mereka untuk mengekalkan kestabilan ekonomi dan keamanan di negeri terkaya di Malaysia itu. 
"Berilah kami peluang, BN telah membuktikan kami boleh menjamin kestabilan keharmonian dan kami berjanji kemakmuran dan kemajuan akan dapat dilaksanakan. - TMI.   
Ayat yang sungguh tak relevan. Kalau zaman semua orang terpaksa bergantung kepada Utusan dan RTM dulu mungkin la ayat macam ni masih relevan tapi dalam zaman maklumat dihujung jari ni senang sangat nak pangkah ayat Najib tu. 
Pasainya, tak pernah pulak aku dengar dalam masa 4 tahun ni Selangor tiba-tiba jadi mundur, jadi miskin. Tak pernah pulak aku dengar dalam masa 4 tahun ni Selangor dah tak aman dan huru hara. Yang aku ada dengar: Simpanan tunai negeri Selangor meningkat kepada RM1.9billion. Pelaburan meningkat dari 8 billion kepada 35 billion. 
Laporan audit pun berpuashati dengan kewangan negeri Selangor. Jadinya apa sebab pulak Najib boleh kata macam Umno BN saja yang boleh jamin kesetabilan ekonomi negeri Selangor. 
Takkan kut Najib nak mintak rakyat negeri Selangor bagi peluang BN perintah Selangor balik pasai: Nak bagi peluang bakal MB dari Umno boleh buat mahligai macam Khair Toyo? Supaya senang Umno belasah tanah rakyat sapa pun tak boleh sekat? 
 Supaya kontraktor Umno boleh songlap hasil pasir Selangor? Taktau la pulak kalau ada lagi rakyat Selangor yang cukup BANGANG yang boleh termakan pujuk rayu tak relevan Najib tu. 
"Segala pertempuran ditangguhkan sehingga selepas pilihanraya" 
Cenangau Daunkari Sumber:  
http://cenangau.blogspot.com/2012/07/najib-merayu-selamatkan-selangor-dari.html#ixzz201Xpdkky

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.