Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

YANG PRIHATIN MENDAFTAR HANYA SELANGOR

SPR kecewa dengan jumlah pendaftaran pengundi luar negara

July 06, 2012
 
SHAH ALAM, 6 Julai — Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) kecewa dengan jumlah pendaftaran pengundi bagi rakyat Malaysia di luar negara.

Pengerusinya, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof (gambar) memberitahu The Malaysian Insider baru-baru ini sambutan terhadap pendaftaran pengundi yang dijalankan di pejabat kedutaan dan konsul Malaysia di luar negara hambar.

“Selepas enam bulan SPR membuka pendaftaran bagi pengundi luar negara di pejabat kedutaan dan konsul, setakat ini hanya 300 hingga 400 orang sahaja yang mendaftar. 

“Yang datang untuk mendaftar paling ramai dalam sehari lima orang. 
“Sebelum SPR buka pendaftaran dulu, heboh seluruh dunia seolah-olah begitu ramai pengundi Malaysia di luar negara yang dinafikan hak untuk mengundi,” kata Abdul Aziz.

Untuk memudahkan rakyat Malaysia di luar negara untuk menjadi pengundi, SPR melantik semua pegawai-pegawai Malaysia di pejabat kedutaan dan pejabat konsul sebagai penolong pendaftar. 

Borang daftar pengundi boleh dimuat turun dan diisi terlebih dahulu sebelum dihantar ke pejabat kedutaan dan konsul Malaysia di luar negara.

Dalam perbincangan bersama Jawatankuasa Terpilih Parlimen untuk pembaharuan pilihan raya (PSC), SPR mencadangkan agar rakyat Malaysia luar negara yang ingin mendaftar sebagai pengundi mesti pulang ke negara sekurang-kurangnya sekali dalam masa lima tahun.

 “Jika langsung tidak pernah pulang ke Malaysia , bermakna mereka sudah tidak tahu tentang politik di Malaysia.

“Di negara-negara seperti United Kingdom (UK) juga mempunyai syarat-syarat bagi pengundi mereka di luar negara dan bukan semuanya boleh mendaftar begitu sahaja,” kata beliau kepada The Malaysian Insider.

Pilihan raya bagi pengundi luar negara tidak akan dijalankan seperti proses biasa kerana mustahil diadakan dan Wisma Putra tidak sanggup melaksanakannya.

“Di sesetengah tempat di luar negara, hanya ada satu dua orang sahaja rakyat Malaysia dan agak membuang masa untuk membuat proses biasa. 

“Oleh itu, SPR mencadangkan agar proses pengundian bagi rakyat Malaysia di luar negara dijalankan secara undi pos,” kata pengerusi SPR itu lagi.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.