Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

ANAK UMNO DAH SOKONG PR SBB BAK DEPA TAK DAPAT KONTRAK

Anak Umno takut dilabel rasis, kata Mahathir
RAZIATUL HANUM A. RAJAK 17 Januari 2013
Mahathir Mohamad Dr Mahathir Mohamad berucap pada program Bicara Minda. Di sebelah kiri beliau Tan Sri Abdullah Ahmad.
SHAH ALAM - Tun Dr Mahathir Mohamad yang dari semasa ke semasa bercakap mengenai kuasa politik orang Melayu sejak Pilihan Raya Umum 2008 mendakwa, ada anak-anak orang Umno tidak lagi mahu bercakap berkaitan masa depan bangsa sendiri kerana bimbang dituduh rasis.

Menjawab soalan hadirin program Bicara Minda Tun Dr Mahathir di bawah tajuk "Masa Depan Melayu & Islam Selepas PRU13", bekas Perdana Menteri berkata:

"Ramai anak-anak orang Umno yang tak nak lagi bercakap berkenaan orang Melayu. Takutnya dituduh rasis."

Dalam pada itu, beliau berpendapat bahawa bangsa Melayu mempunyai satu sifat ‘malu’ yang mungkin kurang pada bangsa lain.

“Orang Melayu ini ada satu sifat yang mungkin tidak banyak terdapat di kalangan orang (bangsa) lain... malu.

“Bila kita malu, kita kalah. Kita nak senang. Kita tak jawab apabila dituduh bukan-bukan... tak mahu dituduh rasis,” kata bekas Presiden Umno yang mengetuai parti itu dan kerajaan selama 22 tahun sebelum bersara pada Oktober 2003.

Dr Mahathir, yang pernah menghasilkan buku Dilema Melayu, juga telah beberapa kali menegaskan beliau bukan seorang rasis kerana ada yang berpandangan negarawan ini hanya bercakap mengenai kepentingan Melayu kebelakangan ini.

Menyentuh tentang perasaan malu itu, Dr Mahathir menyifatkan perasaan itu sudah merosot dalam kalangan orang Melayu.

“Sedikit sebanyak kita mesti ada perasaan malu apabila buat sesuatu yang salah atau kurang berjaya. Saya yakin kita akan berjaya.

“Tetapi saya dapati sekarang kini, perasaan malu dalam kalangan orang Melayu sudah merosot. Tak malu lagi... ini akan menghancurkan kita,” katanya.

Terdahulu dalam syarahannya, Dr Mahathir ada menyebut soal tuntutan hak orang Melayu dalam Dasar Ekonomi Baru (DEB).

“Apabila kita sebut tentang hak, kita dicap sebagai rasis. Menjadi hak kita menuntut bahagian kita... bahagian orang Melayu dalam negara berbilang kaum ini.

“Kita tak minta lebih... dalam DEB kita tuntut 30 peratus saja. Itu pun tak capai lagi,” katanya.

Dr Mahathir juga tidak menolak bahawa identiti Melayu akan hilang jika kita tidak berjaga-jaga

1 orang berkata:

Unknown said...

A'kum Pak

Mamak ni dia hentam apa saja pasal Melayu tak jadi hal pada dia sebab dia tahu yang dia bukan Melayu!

'Melayu' jenis dia memang susah nak buat kira, penuh dengan auta dan belit. Semuanya salah orang lain.

Ada pernah dia mengaku dia salah?

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.