Maklumat terkini bekalan air di Lembah Klang
January 15, 2013
KUALA
LUMPUR, 15 Jan — Mesyuarat Jawatan Kuasa Pemantauan Bekalan Air Negeri
Selangor pada 8 Januari 2013, bersetuju supaya Pengagihan Berjadual Air
Terawat dilaksanakan oleh SYABAS bagi mengatasi masalah gangguan
terutamanya ke kawasan yang sangat terjejas.
Dalam pelaksanaan Pengagihan Berjadual Air Terawat hendaklah turut
dipantau bersama oleh Kerajaan Negeri Selangor. Namun pada 10 Januari
2013, SYABAS memaklumkan mesyuarat bahawa pihak Pengurusan SYABAS tidak
bersetuju untuk melaksanakan Pengagihan Berjadual Air Terawat
sebagaimana yang dicadangkan oleh Kerajaan Negeri Selangor.
Keputusan Pengurusan SYABAS ini adalah bertentangan sama sekali
dengan keputusan yang telah dibuat oleh Ketua Pegawai Eksekutif SYABAS,
Dato’ Ruslan Hassan pada bulan Julai 2012 yang telah memaklumkan catuan
bekalan air kepada pengguna di kawasan Sungai Besi.
Bagi mengatasi kesulitan pengguna di kawasan yang terlibat, Kerajaan
Negeri Selangor telah bersetuju supaya Majlis Perbandaran Ampang Jaya
(MPAJ) membuka Bilik Gerakan Berpusat dengan melibatkan wakil SYABAS
bagi memudahkan pemantauan dan penyelarasan dibuat ke atas pengendalian
bekalan air kepada pengguna seperti jadual lori tangki, kawasan mana
yang masih belum mendapat bekalan dan lain-lain perkara.
Walaubagaimanapun, SYABAS memaklumkan bahawa Pengurusan SYABAS tidak
setuju untuk menghantar wakil dalam Bilik Gerakan Berpusat yang
disediakan oleh MPAJ sebaliknya SYABAS diarahkan untuk membuka pusat
setempat sendiri di kawasan terlibat.
Mesyuarat
Jawatan Kuasa pada 11 Januari 2013 telah bersetuju supaya Perunding
Bebas dilantik untuk mengaudit operasi SYABAS khususnya bagi Rumah Pam
Wangsa Maju berikutan kegagalan SYABAS mengatasi masalah kerosakan rumah
pam tersebut sehingga menjejaskan hampir 28,000 pengguna di sebahagian
Negeri Selangor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Laporan audit ini
akan dikemukakan kepada Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air
(KTTHA) dan Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN).
Bagi membantu pengguna yang terjejas berikutan gangguan bekalan air
ini, Konsortium ABASS Sdn Bhd (ABASS) turut membantu mengedarkan air
terawat pada 11 Januari 2013 sebanyak 200 botol kepada MPAJ, 200 botol
kepada Parlimen Ampang dan 500 kotak air botol bersaiz 350ml kepada
Pejabat Ahli Parlimen Bandar Tun Razak.
0 orang berkata:
Post a Comment