Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

KES TERPENCIL ATAU JOHOR AKAN TUMBANG ?

Ahmad Maslan: Tutup bilik gerakan Umno Johor kes terpencil
24 Januari 2013
Ahmad Maslan Datuk Ahmad Maslan 
 
KUALA LUMPUR - Penutupan beberapa bilik gerakan Umno di Johor hanya kes terpencil, kata Ketua Penerangan Umno, Datuk Ahmad Maslan.

Sambil menyifatkan kes itu tidak serius dan hanya melibatkan masalah di kalangan segelintir individu tertentu, Ahmad tidak menolak kemungkinan kejadian itu berunsur cubaan memboikot dan sabotaj parti atau calon menjelang Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).
"Memang ada bilik gerakan yang masih lagi ditutup sebab kita belum berkempen lagi. Kalau ada yang tutup, kita boleh buka di tempat lain dan kita ada banyak masa untuk buat perubahan.

"Tidak menjadi masalah kalau ada cubaan memboikot. Kita ada 35 hingga 40 bilik mengundi (di satu kawasan)," katanya ketika diminat mengulas laporan sebuah akhbar mengenai penutupan bilik gerakan Umno di Johor yang kononnya
memboikot kempen pilihan raya umum kerana kecewa dengan kerajaan negeri.

Beliau menegaskan tindakan tata tertib dan disiplin akan diambil jika didapati ada anggota Umno menjadi dalang sabotaj dan pemboikot kempen.

"Mereka boleh cari badan bukan kerajaan (NGO) lain. Kami serius dalam parti. Kami tiada masa melayan kerenah segelintir individu yang tidak baik dan sakit ini. Kami masih ada ramai lagi ahli yang setia pada parti," katanya.

Ahmad yang juga Ketua Biro Publisiti dan Penerangan Barisan Nasional (BN) berkata, Bilik Gerakan Pusat Daerah Mengundi (PDM) BN di seluruh negara mesti dibuka selewat-lewatnya 1 Februari.

Ditanya mengenai cubaan pembangkang berkempen di kawasan Felda, Ahmad berkata, waktu berkempen secara matang belum tiba dan pembangkang perlu mematuhi
peruntukan yang ditetapkan Felda.

"Dalam PRU lepas atau pilihan raya kecil Kerdau (Pahang) atau Tenang (Johor), semua pihak dibenarkan masuk ke Felda untuk berkempen bila waktunya tiba. Sekarang ini belum lagi waktu berkempen yang sebenar.

"Felda ada Akta Kawasan Penempatan Berkelompok dan ada undang-undang yang perlu dipatuhi," katanya.

Terdahulu Ahmad yang juga Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri menyaksikan majlis Menandatangani Perjanjian Persefahaman Usahasama antara Permodalan YBK
Sdn Bhd dan Paragon Matrix Sdn Bhd di sini hari ini.

Perjanjian itu antara lain membabitkan projek pembangunan untuk menubuhkan pusat berkonsepkan kesihatan dan kesejahteraan di Serendah, Hulu Selangor untuk
pasaran tempatan dan antarabangsa.
Projek yang menelan belanja kira-kira RM2 bilion dan dijangka siap sepenuhnya antara tempoh lima dan lapan tahun itu, melibatkan beberapa kemudahan infrastruktur seperti penubuhan hospital, kondominium dan pusat rawatan kanser. - Bernama

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.