Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

BERITA NI BUKAN BERLAKON KE ? RASANYA TAK BERAPA NAK KENA !

APA YANG JELAS TENTANG BERITA INI IALAH MENUNJUKKAN PERTAHANAN NEGARA BERADA DITAHAP YANG SANGAT LEMAH, JIKA TAK SILAP PRU 12 DULUPUN ADA PENCEROBOHAN, LALU BN SABAH MENANG BESAR, APABILA RAKYAT SABAH MAHU GULINGKAN BN DENGAN MOTO INI KALILAH MAKA TETIBA ADA GEROMBOLAN MEMASUKKI SABAH ? DULU PAK KARAMU ADALAH SEORANG BEKAS TENTERA, CERITA MACAM NI LUMRAH SAJA !  - Pak Karamu
 
ATM kesan warga asing ceroboh negara
KHAIRIL ANWAR MOHD AMIN
14 Februari 2013
BAGAN SERAI - Angkatan Tentera Malaysia (ATM) mengenal pasti terdapat sekumpulan warga asing disyaki dari Filipina yang memakai tanda celoreng dan berjubah telah melakukan pendaratan di kawasan perairan pantai Lahad Datu, Sabah semalam.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, beliau telah mengarah Panglima Angkatan Tentera Malaysia (ATM) bekerjasama dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi memastikan tindakan segera diambil bagi menentukan pertahanan dan keselamatan negara berada pada tahap maksimum.

“Kita tidak mahu  sebarang unsur pendedahan mengenai pertahanan negara berlaku di mana-mana kawasan di negara ini termasuk di Lahad Datu, Sabah,” katanya kepada media selepas menerima memorandum menyatakan sokongan kepada Barisan Nasional (BN) dan pemimpin kerajaan pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) oleh 28 NGO Bagan Serai di sini petang tadi.

Dr Ahmad Zahid berkata, pihaknya meminta kerjasama daripada kerajaan negara tersebut untuk menyelesaikan perkara itu.

“Saya akan mengarahkan Panglima ATM mengeluarkan kenyataan rasmi dan terperinci mengenai kejadian itu dalam masa terdekat,” katanya.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.