Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

JIKA BUAT KERJA BETUL, TAK BERLAKU HURUHARA

Monday, February 11, 2013

Arab Spring, Yes!! Gelombang ‘Arab Spring’ tetap berlaku di Malaysia


Istilah ‘Arab Spring’ tidak sesuai dengan konteks Malaysia kerana beberapa perbezaan dasar seperti geopolitik dan sejarah berbeza namun penggunaan istilah bukan isu besar.
Arab Spring, Yes!! Gelombang ‘Arab Spring’ Himpunan Kebangkitan Rakyat (HKR), 12 Januari
Gelombang ‘Arab Spring’ tetap berlaku di Malaysia jika ada penipuan daftar pemilih dan keputusan Pilihan Raya Umum ke 13 (PRU 13), kata Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu.
Beliau diminta mengulas kenyataan bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan yang yakin ‘Arab Spring’ boleh berlaku di negara ini sekiranya pihak yang kalah PRU akan datang tidak puas hati dengan keputusannya.
Mat Sabu menegaskan, gelombang itu hanya berlaku jika terbukti penipuan sebelum dan semasa hari pengundian membabitkan daftar pemilih.
“Umno BN dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) diingatkan jangan berkomplot menipu dalam pilihan raya atau menerima kesan kebangkitan rakyat di jalan raya.
“Rakyat sekarang memiliki akses maklumat yang luas dan mereka semakin bijak menilai dan membandingkan maklumat yang dikemukakan baik dari media Pakatan atau Umno BN. 
 
“Tuntutan terbesar seluruh rakyat sekarang ialah sebuah proses pilihan raya yang bersih dan telus,” ujar Pengarah Himpunan Kebangkitan Rakyat (HKR), 12 Januari lalu.
Bagaimanapun, Mat Sabu berkata, istilah ‘Arab Spring’ tidak sesuai dengan konteks Malaysia kerana beberapa perbezaan dasar seperti geopolitik dan sejarah berbeza namun penggunaan istilah bukan isu besar.
Katanya, penukaran kerajaan akan dibuat mengikut sistem demokrasi melalui proses pilihan raya.
Beliau turut menolak fitnah Musa kononnya Pakatan gagal mentadbir empat negeri dengan baik.
“Jangan tuduh melulu, teliti laporan Audit Negara sebelum keluarkan kenyataan yang memalukan diri sendiri. Sebenarnya Umno BN yang gagal mentadbir dan mereka patut berundur dari memerintah negara,” katanya.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.