Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

NI MUSANG NI APA HAL ?

Isnin, 11 Februari 2013

Kenyataan ‘Arab Spring’ Musa akan takutkan pengundi, kata Pakatan

Semalam Bernama melaporkan Tan Sri Musa Hassan berkata pihak yang kalah dalam pilihan raya akan datang mungkin akan melancarkan “Arab Spring” untuk menjatuhkan kerajaan. — Gambar fail
 
KUALA LUMPUR, 11 Feb — Dakwaan bahawa kekacauan boleh berlaku selepas Pilihan Raya 2013 boleh menggugat pengundi dari mengundi dengan bebas, kata pemimpin Pakatan Rakyat (PR), yang mahu bekas ketua polis negara itu menghormati proses demokrasi.
 
 Semalam Bernama melaporkan Tan Sri Musa Hassan berkata pihak yang kalah dalam pilihan raya akan datang mungkin akan melancarkan “Arab Spring” untuk menjatuhkan kerajaan.

“Sebagai bekas ketua polis negara, beliau harus berhenti membuat spekulasi seperti ini,” kata pemimpin Pemuda Sosialis DAP kepada The Malaysian Insider.

“Ini tidak memberi keyakinan kepada orang ramai untuk mengundi secara bebas dalam pilihan raya akan datang.

“Kenyataan beliau tidak membantu apa-apa. Beliau seharusnya percaya dengan pilihan rakyat.”

Bernama kemudian melaporkan kenyataan Musa bahawa polis seharusnya memulakan pencarian maklumat bagi mengelakkan “Arab Spring”, satu terma yang digunakan merujuk kepada kebangkitan politik  di Asia Barat, dari datang ke negara ini.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.