Berhati-hati jika bercakap ngan ahli umno, nanti kamu kena terajang !
Staf JPM dakwa dipukul pemimpin kanan Umno
3 Jamadil Akhir 1434 H. [MOD] -
KUALA LUMPUR: Seorang
lelaki mendakwa dirinya seorang kakitangan di Jabatan Perdana Menteri
mendakwa telah dibelasah oleh seorang pemimpin kanan Umno.
Lelaki
tersebut yang juga berstatus ketua cawangan Umno itu mendakwa, kejadian
itu berlaku di Putrajaya pada 5 April lalu pada sekitar jam 11.30 pagi.
Ekoran itu juga mangsa telah membuat satu laporan polis terhadap pemimpin kanan Umno itu di IPD Putrajaya pada hari sama.
Dalam
salinan laporan polis yang dihantar kepada media, pengadu mendakwa
telah pergi ke pejabat pemimpin Umno itu pada hari tersebut untuk
mengadu masalah yang dihadapinya.
"Sebaik
saja saya masuk ke pejabat (pemimpin Umno itu) terus menampar muka saya
sebanyak lebih kurang lima kali dan menyepak bahagian belakang badan
saya.
"Saya tidak tahu mengapa beliau bertindak sedemikian terhadap saya.
"Saya
telah mengalami kesakitan di bahagian muka dan belakang badan saya
tetapi tiada sebarang kecederaan ataupun luka yang saya alami," laporan
polis itu dipetik.
"Tujuan saya buat laporan polis ini adalah untuk melindungi diri dan takut sekiranya saya diapa-apakan di kemudian hari.
"Laporan polis dibuat oleh saya tanpa dipaksa oleh mana-mana individu," kata lelaki berusia 50 tahun itu.
Mangsa
juga mendakwa sedang menimbang untuk membawa kes itu kepada Kongres
Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs).
Harakahdaily/-
0 orang berkata:
Post a Comment