Fatmi minta Nik Aziz tarik balik kenyataan orang Umno solat tidak dapat pahala
6 April 2013
KOTA BHARU - Ketua Umno Bahagian Kota Bharu, Datuk Mohamad Fatmi Che
Salleh meminta Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat
menarik balik kenyataannya bahawa solat orang Umno tidak mendapat pahala
supaya ia tidak mengelirukan umat Islam.
Beliau menyifatkan kenyataan tersebut seperti orang tidak berilmu dan boleh membawa kehancuran dalam kalangan orang Islam.
"Ingat dan sedarlah sebagai pemimpin yang berjawatan tinggi di Kelantan, jangan sesuka hati mengeluarkan kenyataan seperti itu kerana ramai yang mendengar dan memerhati," katanya kepada pemberita selepas merasmikan program Tautan Mahabbah Guru-Guru Pendidikan Islam, j-Qaf dan Guru Kafa Parlimen Kota Bharu di sini, hari ini.
Mohamad Fatmi berkata, 'fatwa' Mursyidul Am Pas itu seolah-olah melihat orang Umno terlalu jahil dalam bidang agama sedangkan institusi-intitusi pendidikan Islam yang tertubuh pada hari ini adalah hasil usaha kerajaan Barisan Nasional.
"Kalau dahulu ada guru pengajian Islam sahaja tetapi demi mempertingkatkan pengetahuan Islam di kalangan pelajar di sekolah rendah maka kita wujudkan jawatan guru j-Qaf dan guru Kafa ini," katanya.
Mohamad Fatmi turut menasihatkan pemimpin Pas itu supaya tidak sewenang-wenangnya mengeluarkan kenyatan yang boleh mendatangkan kemarahan dalam kalangan masyarakat.
"Saya harap tiada lagi kenyataan-kenyataan pelik dan boleh menaikkan kebencian sesama Islam," katanya.
Pada 4 April lalu, Nik Abdul Aziz yang juga Mursyidul Am Pas, terus mencetuskan kontroversi dengan mendakwa solat orang Umno tidak mendapat pahala kerana parti itu menolak dasar Islam.
Kira-kira 400 guru pendidikan Islam, guru j-Qaf dan guru Kafa hadir dalam program Tautan Mahabbah Guru-Guru Pendidikan Islam, j-Qaf dan Guru Kafa Parlimen Kota Baharu. - Bernama

1 orang berkata:
2015-7-16 xiaozhengm
ralph lauren uk
michael kors bags
coach outlet
cheap beats
true religion outlet
toms outlet
soccer jerseys
burberry outlet
replica watches cheap
chaussure louboutin
sac longchamp
cheap ray ban sunglasses
longchamp handbags
fitflops outlet
burberry sale
gucci outlet online
polo ralph lauren outlet
rolex watches
cheap oakley sunglasses
louis vuitton
michael kors handbags
true religion outlet
ray ban wayfarer
prada outlet
oakley store
air max 90
michael kors handbag
toms shoes
coach outlet online
pandora charms 2015
gucci uk
jordan pas cher
ed hardy
abercrombie outlet
kate spade handbags
borse gucci
Post a Comment