Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

INI KALILAH

PM ucap siaran langsung jam 11.30 pagi

3 April 2013
Najib Tun Razak
Datuk Seri Najib Tun Razak 
 
SHAH ALAM - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak akan berucap secara langsung di RTM 1 pada jam 11.30 pagi ini, demikian menurut portal Media Umno Online.

Beliau dijangka akan membuat pengumuman penting, dipercayai berkaitan Pilihan Raya Umum ke-13.

Dalam pada itu, Bernama memetik kenyataan laman mikro Twitter Jabatan Perdana Menteri bahawa beliau akan muncul di televisyen secara langsung pada pukul 11.30 pagi ini.

Sebelum ini, laporan media meramalkan perdana menteri akan mengumumkan pembubaran Dewan Rakyat untuk memberi laluan kepada pilihan raya umum ke-13 hari ini.

Terdahulu pagi ini, perdana menteri menghadap Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah di Istana Negara sebelum mempengerusikan mesyuarat mingguan Jemaah Menteri di Putrajaya.

Kenderaan rasmi perdana menteri dilihat memasuki kawasan Istana Negara pukul 8.10 pagi sebelum dilihat bergerak keluar kira-kira sejam kemudian.

Pada pukul 9.50 pagi, Najib yang berpakaian lounge suit gelap dan bertali leher merah tiba dengan wajah ceria di Kompleks Perdana Putra di Putrajaya untuk mempengerusikan mesyuarat mingguan Kabinet.

Beliau disambut dengan tepukan oleh jemaah menteri yang mengucapkan tahniah sempena ulang tahun ke-4 Najib sebagai perdana menteri.

Hadir sama ialah Ketua Setiausaha Negara Datuk Seri Dr Ali Hamsa dan Timbalan Ketua Setiausaha (Kabinet) Tan Sri Mazidah Abdul Majid.

Najib dijangka bergambar bersama barisan jemaah menteri selepas mempengerusikan mesyuarat.

Hari ini genap empat tahun Najib menerajui negara selepas dilantik sebagai perdana menteri. Beliau menggantikan Tun Abdullah Ahmad Badawi pada tahun 2009.
AKAN MENYUSUL

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.