Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

INI KALILAH

SPR sudah dapat isyarat PRU13
SALMIAH DRUHAMAD DRAHSIN, HASLINA KAMALUDDIN dan ROBIATULADAWIYAH ABD RASHAD
3 April 2013
Datuk Wira Wan Ahmad Wan Omar
Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wira Wan Ahmad Wan Omar
 
SHAH ALAM – Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sudah mendapat isyarat awal daripada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berhubung tarikh Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).
Timbalan Pengerusinya, Datuk Wan Ahmad Wan Omar berkata, tiada yang pelik untuk badan itu mendapat isyarat lebih awal memandangkan SPR bertanggungjawab menguruskan PRU secara keseluruhannya.

“Itu logik, kita mahu menyiapkan warta, menggerakkan jentera di seluruh negara, itu bukan satu kerja mudah, jadi tidak peliklah kalau kita menerima isyarat awal.

“Namun tarikh pembubaran itu masih lagi di bawah hak istimewa Perdana Menteri. Jangan spekulasikan tarikh itu, SPR hanya berkuasa menentukan hari mengundi (tarikh PRU),” katanya kepada Sinar Harian semalam.

Semalam timbul desas desus mengatakan kemungkinan perdana menteri akan membubarkan Parlimen hari ini selepas mempengerusikan mesyuarat Kabinet di Putrajaya.

Ini berikutan pengedaran surat daripada Jabatan Perdana Menteri meminta Ahli Jemaah Menteri berpakaian sut lengkap berwarna gelap bagi lelaki untuk sesi bergambar.
Mengikut amalan sebelum ini, Ahli Jemaah Menteri akan bergambar bersama Perdana Menteri dan timbalannya pada mesyuarat terakhir Kabinet sebelum pembubaran Parlimen.

Mengulas mengenai perkara itu, Wan Ahmad berkata, jika Parlimen dibubar hari ini, SPR sudah bersedia sepenuhnya untuk menggalas tanggungjawab menguruskan pilihan raya.

“Perkara itu (bergambar di mesyuarat terakhir) mungkin menjadi amalan, tetapi pada PRU12 perkara itu tidak terjadi (Parlimen tidak terbubar pada mesyuarat terakhir).
“Minggu depan pun boleh bubar lagi kerana masih dalam tempoh, tetapi perlu diingat, Dun Negeri Sembilan sudah terbubar secara automatik pada 27 Mac lalu, tempoh 60 hari sudah berjalan,” katanya.

Dalam pada itu, sumber dalaman Barisan Nasional (BN) mengesahkan parti tonggak itu bagaimanapun masih belum selesai membincangkan pembahagian kerusi PRU13. 

Sumber dalaman itu memberitahu Sinar Harian Online, satu lagi siri mesyuarat akan diadakan esok bagi membincangkan hal terbabit. 

"Belum (selesai), Khamis (ini)," ujar beliau merujuk kepada sambungan mesyuarat bagi membincangkan pembahagian kerusi BN pada PRU13.

Sejak bulan lalu, tiga siri pertemuan sudah diadakan, yang difahamkan kesemuanya membincangkan berhubung pembahagian kerusi parti itu yang merangkumi 13 komponen semuanya. 

Pilihan raya kali ini disifatkan sebagai 'ibu segala pilihan raya'. 

Menurut sumber sama sebelum ini, pembahagian kerusi BN agak sukar ekoran berlakunya pertindihan kerusi yang ingin ditandingi parti masing-masing. 

"Yang saya tahu Kelantan, Terengganu dan Perlis sudah selesai," katanya merujuk kepada hasil pertemuan yang pertama tempoh hari. 

"Di Selangor kita yakin kita boleh menang, sekarang ini ada sedikit pelarasan kerusi untuk Selangor," ujar beliau ketika ditanya pertengahan bulan lalu. 

Kelmarin, Najib yang juga Pengerusi BN dilaporkan sekali lagi mengadakan pertemuan dengan pemimpin-pemimpin parti komponen BN di Bangunan Perdana Putra, Putrajaya. 
Minggu sebelumnya, Najib turut mengadakan perjumpaan dengan Pengerusi Badan Perhubungan Umno dan BN negeri. 

Kini angin bertiup lagi, untuk tiga minggu berturut, hari ini adalah mesyuarat terakhir Kabinet untuk penggal ini. 

Mandat semasa kerajaan Pusat akan berakhir 28 April ini dan SPR mempunyai tempoh 60 hari dari tarikh pembubaran untuk mengadakan pilihan raya.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.