Mahfuz pertahan kenyataan Khairul Fahmi
2 April 2013
KUALA LUMPUR - Naib Presiden Pas, Datuk Mahfuz Omar mempertahankan
Penolong Setiausaha I Dewan Pemuda Pas, Khairul Fahmi Mat Som yang
dikecam oleh pelbagai pihak kerana dianggap menghina Rasulullah SAW
dalam kenyataan Twitternya.
Menurut Mahfuz, apa yang cuba dinyatakan Khairul Fahmi dalam Twitternya
itu hanya perumpamaan untuk menggambarkan 'kejahatan' Umno, bukan
bertujuan menghina Rasulullah SAW.
"Umno saja perbesar isu. Dia (Khairul Fahmi) nak beritahu macam mana jahatnya Umno sampai tahap itu, bukan dia nak kata Nabi Muhammad buat benda tak elok. Dia nak gambarkan, kalau Nabi Muhammad lawan Umno, Nabi juga akan jadi mangsa fitnah Umno.
"Itu tujuan dia, bukan nak kata Nabi tu jahat," katanya pada sidang media di sini, semalam.
Ditanya tidakkah dengan menggunakan nama Rasulullah SAW boleh dianggap keterlaluan kerana kedudukan Baginda yang begitu dimuliakan dalam Islam, Mahfuz berkata, perkara itu dilihat begitu kerana ramai yang menyalah tafsir maksud sebenar yang cuba disampaikan Khairul Fahmi.

“Apa yang keterlaluannya? Dia bukan kata kat Nabi Muhammad, dia kata
kat Umno. Kena faham bahasa, Umno ni sampai satu peringkat macam...
kenyataan Tok Guru Nik Aziz (Datuk Nik Aziz Nik Mat) mengenai BR1M
(Bantuan Rakyat 1Malaysia), bagi anak ayam makan, itu perumpamaan saja.
"Kalau perumpamaan tidak boleh pakai, Dewan Bahasa Pustaka, pusat-pusat bahasa di universiti kena buang semua perumpamaan yang ada binatang,” katanya.

0 orang berkata:
Post a Comment