APAKAH POKOK MASALAH INI ? YANG PAK KARAMU NAMPAK IALAH SEGALA KOMEN ADALAH POLITIK, SEDANGKAN SEBELUM INIPUN ADA KENYATAAN YANG TERANG-TERANG MENGHINA NABI AKAN TETAPI TIDAK DIPERBESARKAN
OLEH KERANA KENYATAAN MEREKA DATANG DARI SUARA PEMIMPIN PARTAI PEMERINTAH MAKA YANG SELALU NUAT KOMEN MENGUNCI MULUT SERAPAT MUNGKIN, MEREKA DIANGGAP TALIBARUT TOGHOUT ZAMAN MORDEN, KENYATAAN KHAIRUL FAHMI PAK KARAMU NAMPAK ADALAH KENYATAAN LEPAS GERAM TERHADAP PUTAR BELIT KENYATAAN MEDIA PEMERINTAH DAN PERANGAI RAKUS MEREKA YANG BERTERUSAN YANG MENJADI HALAL, APA YANG PENTING SEBAIK MUNGKIN JANGANLAH KAITKAN NABI SEPERTI APA YANG TELAH DILAKUKAN OLEH TUN MAHADHIR YANG MEMBISUKAN SEMUA PEHAK - Pak Karamu
'Saya tidak menghina Nabi'
2 April 2013
SHAH ALAM - Penolong Setiausaha 1 Dewan Pemuda Pas, Khairul Fahmi Mat
Som menegaskan, kenyataannya menerusi laman Twitternya minggu lalu tidak
bersifat menghina Nabi Muhammad SAW, sebaliknya disalah tafsir oleh
beberapa akhbar.
Menurutnya, budaya fitnah politik sehingga menyabitkan skandal seks pemimpin merupakan perbuatan golongan munafik dan berlaku sejak dahulu lagi.
"Membaca cerita golongan munafik agama zaman Baginda yang tidak mengenal erti suci dan maruah diri walaupun terhadap Nabi yang maksum inilah yang mendorong saya meyakini bahawa budaya politik kotor adalah kerja musuh agama bukan hanya musuh dalam politik," katanya menerusi satu kenyataan media, semalam.
Katanya, tidak ada beza perangai munafik dahulu dan kini di mana senjata mereka sama iaitu fitnah melampau.
"Fokus utama kenyataan itu adalah kepada Umno dan Barisan Nasional (BN) yang banyak melakukan perkara tidak baik demi kelangsungan politik mereka," katanya.
Menurutnya, menjelang Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) ini, Umno dan BN mula takut dan kerana itu mereka sanggup melakukan apa saja untuk mengekalkan kuasa yang ada.
"Umno dan BN bersedia melakukan apa jua termasuk yang tidak terjangkau oleh akal pemikiran rakyat. Video seks dan cerita skandal pimpinan Pakatan Rakyat (PR) merupakan modal terkini yang mereka usahakan.
"Ini satu tindakan hina dan jijik. Jauh bertentangan dengan nilai-nilai Islam dan moral yang murni. Mereka juga telah banyak menghina, fitnah, mengaibkan, rasuah, zalim, politik samseng dan banyak lagi telah menjadi amalan," katanya.
Katanya, Umno dan BN yang menghina Nabi dan bukannya dirinya.

"Tulisan saya jelas, penuh ingatan dengan harapan supaya rakyat
Malaysia menjauhi politik fitnah yang menjadi senjata Umno dan BN
membunuh musuh politik mereka," katanya.
0 orang berkata:
Post a Comment