Amiruddin: ‘Apa? Saya calon MB Kedah?’
14 April 2013
ALOR SETAR - Anggota Exco Kerajaan Kedah, Datuk Ir Amiruddin Hamzah
tidak tahu menahu mengenai cakap-cakap bahawa namanya ‘naik’ sebagai
calon menteri besar yang baru jika Pakatan Rakyat (PR) kekal berkuasa di
negeri ini selepas PRU13.
Menurut Amiruddin, beliau sendiri tidak pasti sama ada akan terus dipilih sebagai calon pada pilihan raya ini, mengulas spekulasi mengenai namanya disebut-sebut sebagai calon menteri besar adalah sesuatu yang baginya terlalu jauh daripada jangkaan.
“Saya tak tau (spekulasi sebagai calon menteri besar), saya tak dengar. Sama ada saya akan terus dicalon atau tidak pun saya tak tau,” katanya ketika ditemui di Markas Besar Pas Anak Bukit, semalam.
Bekas jurutera Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (Mada) itu mula bertanding pada pilihan raya kecil Dun Anak Bukit menggantikan tempat Presiden Pas pada masa itu, Datuk Fadzil Noor yang meninggal dunia pada 23 Jun 2002.
Beliau menewaskan calon Barisan Nasional (BN) Datuk Abdullah Hasnan Kamaruddin. Pada pilihan raya umum 2004, beliau berjaya mengekalkan kerusi itu.
Apabila PR berjaya mengambil alih kerajaan negeri pada pilihan raya 2008, Amiruddin dilantik sebagai anggota Exco hingga penggal berakhir.
Tarikh mengundi kali ini, iaitu 5 Mei juga mempunyai keistimewaan tersendiri kerana ia jatuh pada ulang tahunnya yang ke-51.
Sementara itu, Tinjauan Sinar Harian dalam kalangan pemerhati politik termasuk sumber dalaman Pas mendapati nama Pengerusi
Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan, Kerjaraya, Bekalan Air, Sumber Air, Tenaga Industri dan Pelaburan itu menduduki senarai teratas calon Menteri Besar Kedah yang baru jika Datuk Seri Azizan Abdul Razak tidak bertanding lagi atau tidak dilantik semula selepas pilihan raya ini.
Ditanya pandangannya mengenai keupayaan Azizan untuk dikekalkan sebagai ketua kerajaan, Amiruddin berkata, beliau tidak nampak sebarang halangan untuk Pesuruhjaya Pas Kedah itu terus diberi kepercayaan.
“Kelmarin (Khamis) kita ada program Sawah Gemilang di bawah portfolio saya di Kuala Muda. Beliau (Azizan) turun dan kelihatan cergas. Saya tidak nampak atas sebab apa Ustaz Azizan tidak layak.
“Kalau kita nak kira, Gus Dur yang tidak nampak dan perlu diberitahu itu ini pun masih boleh jadi presiden untuk negara sebesar Indonesia. Ini (Azizan) tak sampai macam itu pun,” katanya.

Selain Amiruddin, turut disebut layak untuk menduduki kerusi Menteri
Besar Kedah yang baru termasuk Naib Presiden Pas, Datuk Mahfuz Omar.
Mahfuz ketika ditemui kelmarin bagaimanapun menafikan beliau akan bertanding kerusi Dun Bukit Pinang bagi membolehkannya dilantik ke jawatan itu.
* Dapatkan Sinar Harian edisi hari ini untuk mengikuti berita menarik berkaitan PRU13

1 orang berkata:
qzz0529
air max 90
pelicans jerseys
ugg boots
adidas soccer shoes
adidas outlet
fred perry polo shirts
true religion jeans
kate spade outlet
kate spade outlet
swarovski outlet
Post a Comment