Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

Pembunuhan Bukit Gasing membangkitkan jenayah sebagai isu pilihan raya, kata penganalisis

Oleh Boo Su-Lyn
April 25, 2013
KUALA LUMPUR, 25 April — Pembunuhan seorang wanita semasa hari masih siang di Bukit Gasing, Selangor hujung minggu lalu, membangkitkan lagi jenayah sebagai isu utama bagi pengundi bandar pada Pilihan Raya 2013, kata pemimpin komuniti.

Putrajaya telah mengatakan dari 2009 hingga 2012, kadar jenayah kebangsaan menurun sebanyak 27 peratus sementara jenayah jalanan menurun sebanyak 39.7 peratus tetapi ramai pengundi wanita yang berjumlah separuh daripada keseluruhan pengundi - telah menzahirkan kebimbangan selepas pembunuhan dan percubaaan merompak terhadap wanita berumur 52 tahun Irene Ong di Bukit Gasing.

"Mereka benar-benar marah kerana walaupun membayar cukai, mereka tidak mendapat perkhidmatan," kata penganalisis politik James Chin kepada The Malaysian Insider hari ini, merujuk kepada pengundi kelas menengah di Lembah Klang, Johor dan Pulau Pinang.

"Mereka boleh lihat polis tidak bergerak. Anda selalu dengar tentang jenayah. Bila anda pergi buat laporan polis, mereka tidak berminat. Itu cerita yang selalu kita dengar," tambah pensyarah Universiti Monash Sunway itu lagi.

Polis mengatakan kadar jenayah juga jatuh enam peratus untuk suku tahun pertama 2013 berbanding tempoh yang sama tahun lepas tetapi beberapa kumpulan mempertikaikan angka tersebut, mengatakan ianya telah diubah.

Pengerusi Pemantau jenayah MyWatch R. Sri Sanjeevan mengatakan Putrajaya dan polis hanya memberitahu jenayah adalah satu persepsi dalam tindak balas terhadap kebimbangan awam.

"Pembunuhan Irene - apakah hanya persepsi?" soal beliau.

"Jenayah meningkat tetapi mereka katakan ianya tidak berlaku. Apakah mereka tidak mengubah angka? Saya telah membuktikan statistik yang diberikan mereka adalah mengarut," tambah Sanjeevan.
MyWatch menuduh polis Februari lalu mengubah statistik jenayah, mendakwa kes-kes ragut dan samun tanpa senjata api serta kecurian dan pecah rumah, adalah lebih tinggi daripada indeks jenayah diterbitkan dari Januari hingga Oktober 2011.
Pihak polis walau bagaimanapun menafikan melakukan memanipulasi angka jenayah negara.

Pengerusi Bersama Bersih 2.0 Datuk Ambiga Sreenevasan berkata orang ramai "sangat terkejut" dengan pembunuhan di Bukit Gasing.

"Rakyat Malaysia semakin meningkat, terutamanya di kawasan bandar, telah merasakan tidak selamat. Kami bimbang dengan keselamatan anak kami apabila mereka keluar," kata Ambiga kepada The Malaysian Insider.

"Kamu tidak boleh hanya mengatakan kepada anak kamu, hanya berjaga-jaga pada waktu malam. Kamu harus berjaga-jaga sepanjang hari... Saya tidak ragu-ragu jenayah adalah faktor," katanya sambil turut menyampaikan ucapan takziah kepada keluarga Ong.

Pembunuhan Ong berlaku selepas beberapa rompakan bersenjata terhadap wanita di pelbagai pusat membeli-belah di Lembah Klang tahun lepas, serta kematian kanak-kanak berumur enam tahun William Yau selepas hilang di Putra Heights Januari lepas.

Pengerusi Pusat Kajian Dasar Awam (CPPS) Tan Sri Dr Ramon Navaratnam berkata hari ini pengundi bandar akan merasa "geram, ditipu dan marah" jika mereka melihat peningkatan mendadak dalam jenayah, walaupun polis mengeluarkan statistik yang menunjukkan sebaliknya.

"Orang ramai akan berasa kecewa kerana mereka umpama menambah garam kepada luka. Seseorang yang cedera dan terbunuh dan statistik dikeluarkan untuk menunjukkan segala-galanya adalah baik, "kata Navaratnam.

"Ini secara langsung memberi kesan kepada kebajikan mereka, secara langsung memberi kesan kepada perasaan kesejahteraan mereka, rasa selamat, dan sebagainya ia pasti mempunyai kesan yang sangat kuat, "katanya.

Navaratnam menggesa kerajaan mengambil syarikat antarabangsa atau syarikat perakaunan tempatan yang mempunyai reputasi untuk mengeluarkan laporan yang bebas bagi statistik jenayah negara.

"Adalah sangat penting kerajaan memenangi keyakinan rakyat dengan mendedahkan sepenuhnya kualiti statistik insiden jenayah mereka. Masih terdapat persepsi yang buruk mengenai ketulenan indeks, "katanya.

Kumpulan Marathon Wanita Malaysia akan menganjurkan larian di Bukit Gasing Sabtu ini untuk menunut Malaysia yang lebih selamat dan menamatkan keganasan terhadap wanita.

Citizen group Safer Malaysia juga menganjurkan satu forum di Auditorium Majlis Peguam di sini pada Sabtu mengenai isu-isu jenayah, diikuti oleh perhimpunan nyalaan lilin bagi Ong.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.