Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

PILIHANRAYA PUNYA PASAL KAUM INDIA PERLU KASI MAAF SAMA ITU KATAK

Makkal Sakti: Masyarakat India perlu beri peluang, maafkan Zulkifeli Noordin 

April 19, 2013

KUALA LUMPUR, 19 April — Masyarakat India di negara ini perlu memaafkan calon rakan Barisan Nasional (BN) bagi Parlimen Shah Alam Zulkifli Noordin berhubung kenyataannya yang dianggap menghina kaum itu serta penganut Hindu di negara ini.

Presiden Parti Makkal Sakti Malaysia Datuk R.S. Thanenthiiran berkata masyarakat India bukan sahaja wajar memberi kemaafan kepada Zulkifli, malah memberi peluang kepada calon BN itu pada pilihan raya umum ke-13 ini.

“Kita (masyarakat India dan penganut Hindu) patut maafkan dia (Zulkifli) dan beri dia peluang, kerana adalah lebih terhormat orang yang memaafkan,” katanya kepada Bernama di sini, hari ini.

Beliau berkata adalah menjadi budaya masyarakat India dan banyak lagi masyarakat lain di dunia untuk memaafkan sesiapa sahaja jika orang itu insaf akan kesilapan atau kesalahannya dan meminta maaf atas perbuatan masa lampaunya.

Thanenthiiran berkata beliau percaya Zulkifli telah belajar daripada kesilapan masa lampaunya.
Pada 1 April, Zulkifli memohon maaf kepada penganut agama Hindu dan mengakui pernah membuat ucapan yang dikaitkan dengan penghinaan terhadap agama Hindu    tetapi menjelaskan ucapan itu dibuat 10 tahun lepas ketika beliau berada dalam PAS.

Menurutnya, kenyataan itu yang telah disunting pihak tertentu bagi tujuan memfitnah dan memburukkan namanya serta diedar ke laman YouTube baru-baru ini.

Thanenthiiran berkata sebagai tanda sokongan kepada BN pada PRU13 ini, Makkal Sakti yang kini mempunyai 90,000 ahli akan mengadakan program dari rumah ke rumah di seluruh negara bertujuan memberi penerangan kepada masyarakat India tentang pelbagai sumbangan dan bantuan kerajaan.

Beliau berkata dalam kunjungan itu Makkal Sakti akan mengedarkan 100,000 ‘Kad Risalah 3D’ dengan gambar perdana menteri, yang antara lain mengandungi tentang pentingnya memilih BN pada PRU13.  – Bernama

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.