Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

SABAH LAGI TAK SELAMAT, INI KALILAH


Wednesday, April 3, 2013

Rupanya Malaysia Semakin Tidak Selamat!

Ironi rintihan Perdana Menteri — A. Kadir Jasin
2 APRIL — Soalan berikut telah banyak kali saya kemukakan dan sama-sama kita bahaskan dengan panjang lebar dalam blog ini.
Tetapi saya akan mengemukakannya sekali lagi ekoran “rintihan” Perdana Menteri, Najib Razak, yang beliau tidak dibenarkan memandu sendiri.
Soalannya ialah: adakah negara kita lebih tidak selamat sekarang berbanding 10 atau 20 tahun lalu atau ada sebab-sebab lain Perdana Menteri tidak dibenarkan memandu sendiri?
Dalam temu bual dari hati ke hati dengan stesen radio UFM 101.3 pada 22 Mac, Najib menyatakan kerinduan untuk memandu sendiri tetapi tidak kesampaian kerana “police restriction” (larangan polis).
Dalam berita bertajuk “Najib bares his soul to listeners of radio station” (Najib dedahkan jiwanya kepada stesen radio), akhbar The Star, antara lain, melaporkan: “He also expressed his yearning to drive his own car but was unable to do so due to police restriction.” (Beliau juga menyatakan kerinduannya untuk memandu keretanya sendiri tetapi tidak boleh berbuat demikian kerana larangan polis.)
Beliau memberitahu radio UFM 101.3: “Tetapi saya dibenarkan sekali memandu dari Putrajaya ke Hotel Majestic dengan keluarga saya untuk makan malam dua minggu lalu, tetapi dengan diiringi polis.”
Zaman Dr Mahathir boleh
Dulu, ketika (Tun) Dr Mahathir Mohamad menjadi Perdana Menteri, beliau memandu sendiri kereta, termasuk Kancil, setiap hujung minggu beliau berada dalam negara bagi meninjau sekitar Kuala Lumpur.
Alhamdulillah tidak berlaku sebarang kecelakaan ke atas beliau dan (Tun) Dr Siti Hasmah yang sentiasa mengiringinya.
Sepatutnya Dr Mahathir harus takut dan polis harus nasihati beliau agar tidak memandu sendiri kerana beliau mempunyai lebih banyak “musuh” politik daripada mana-mana pemimpin Malaysia.
Tetapi waktu itu, jenayah tidaklah menjadi-jadi macam hari ini dan kita tidak disajikan dengan indeks jenayah yang kononnya bertambah baik dan kita pun tidak ada KPI dan NKRA.
Antara sebab kurang dan terkawalnya jenayah waktu itu ialah ekonomi lebih kukuh, polis lebih tegas dan kita ada undang-undang yang mencegah orang jahat buat jahat seperti ISA, Ordinan Darurat dan Buang Daerah yang semuanya dihapuskan di bawah transformasi Najib.
Saya terus membantah pemansuhan itu.
(Tun) Daim Zaimuddin, dalam temu ramahnya yang disiarkan oleh New Sunday Times 24 Mac lalu, antara lain, berkata antara kelemahan kerajaan sekarang ialah memerangi jenayah dan rasuah. Katanya rakyat jelata tidak percaya kepada indeks jenayah yang kononnya semakin baik kerana setiap hari ada berita pembunuhan, rompakan dan rogol disiarkan oleh media massa.
Dr Mahathir ronda, pegawai berjaga-jaga
Apabila Dr Mahathir meronda ibu negara, Menteri Wilayah, Ketua Setiausaha Negara dan Datuk Bandar pun berjaga-jaga sebab takut ada longkang tersumbat, bau busuk dan sampah merata-rata ditemui beliau.
Hari ini mereka boleh santai asalkan laporan media arus perdana bagus dan mesra. Pokok tumbang kerana ribut tidak dibuang berminggu-minggu. Kuala Lumpur kotor dan tikus bermaharajalela. Menteri sibuk hendak bertanding pilihan raya.
Pengakuan bahawa jenayah terus menjadi masalah besar terserlah apabila Najib sendiri membuat hebahan besar mengenai tambahan 1,000 buah motosikal untuk rondaan mencegah jenayah.
Apa halnya rakyat biasa?
Kalau orang kenamaan yang mendapat perlindungan polis atau yang ada pengawal peribadi pun masih dinasihatkan berjaga-jaga, apa halnya dengan orang biasa yang terdedah kepada pelbagai bentuk jenayah dan ancaman?
Tidak hairanlah banyak pemilik rumah dan kedai sanggup menggali kocek mengeluarkan wang sendiri bagi mendirikan pagar berduri, membina pondok kawalan dan memasang televisyen litar tutup serta semboyan. Kemudian mengupah pengawal tempatan dan Nepal untuk menjadi keselamatan mereka.
Taman perumahan sudah menjadi macam kampung baru waktu darurat 1948-60 yang dikelilingi pagar berduri dan dikawal oleh polis, tentera dan Home Guard.
Maaf cakaplah, tidakkah orang dan pihak yang diberi mandat dan amanah menjaga keselamatan dalam negara berasa malu atau bertanggungjawab terhadap keadaan yang serba tidak menentu dan kacau bilau seperti sekarang?
Orang kaya yang ada pengawal peribadi pun tidak bebas lagi. Seorang kaya Malaysia yang suka makan dan berjumpa dengan kawan-kawan di sebuah kedai makan merangkap hotel India Muslim di ibu negara dinasihatkan oleh polis agar tidak ke situ lagi.
Maka terpaksalah dia berpindah dari hotel yang menjadi tempat tumpangannya sejak dia masih peniaga kecil pada tahun 1970-an.
Seorang lagi dirompak oleh tiga orang penjahat Indonesia di rumahnya di kawasan perumahan kelas atas Bukit Tunku aka Kenny Hill. Tetapi dia berani. Dia menembak mati salah seorang daripada penyamun itu. Selepas kejadian itu, dia dan keluarganya trauma (dibunyikan troma) dan fobia. Mereka pun pindah ke kondominium.
Jadi apabila Najib sendiri mengaku dalam temu ramah dengan UFM 101.3 yang beliau tidak boleh memandu sendiri atas nasihat polis, maka sahlah negara kita tidak seselamat dulu lagi.
Atau adakah pembesar kita hari ini menderita sindrom  “koro [pautan]” dan tidak sanggup ambil risiko seperti Dr Mahathir? Wallahualam. — kadirjasin.blogspot.com

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.