Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

INI KALILAH


Wednesday, April 3, 2013

PECAH BERITA! Pembubaran Parlimen Jam 11.30 PAGI?

 
Terkini, perdana menteri sedang mengadakan mesyuarat mingguan kabinet seperti biasa di Pejabat Perdana Menteri menurut sumber memetik pegawai jabatan tersebut.

Jam 11.30 pagi nanti, satu pengumuman khas yang akan disiarkan secara langsung ke seluruh negara oleh perdana menteri TERAKHIR dari Barisan Nasional (BN), Najib Altantuya akan dibuat, dipercayai bagi mengumumkan perkenan Yang di-Pertuan Agong bagi membubarkan parlimen ke-12.

Bagaimanapun, TV3 dengan secara 'tidak sengaja' telah mengeluarkan satu mesej di Twitter yang menyatakan bahawa Najib Altantuya akan mengadakan siaran langsung pembubaran parlimen jam 11 pagi.

@buletintv3: Pengumuman pembubaran parlimen sebentar lagi. Saksikan live #GE13 #PRU13

Pagi tadi, Najib Altantuya sudah menghadap Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Muadzam Shah di Istana Negara jam 8.25 pagi dan keluar jam 9.10 pagi.

Wartawan dari seluruh dunia termasuk CNN dan BBC sudah menunggu bersama-sama wartawan asing lain bagi membuat liputan terkini sebentar lagi.

Sementara itu, khabar kurang baik menjelang pengumuman pembubaran parlimen apabila indeks Bursa Malaysia menjunam 1.79 peratus atau lebih 22 mata kepada 1,662.29 setakat jam 10.45 pagi tadi.


Ini menandakan pelabur asing sudah mula menarik keluar pelaburan mereka dan menjauhi pasaran saham tempatan dan memindahkannya ke Singapura dan Hong Kong, reaksi negatif terhadap pembubaran yang bakal diumumkan.

Dalam pada itu, Ketua Pembangkang yang juga BAKAL Perdana Menteri, Anwar Ibrahim dalam satu mesej di akaun Facebooknya seakan menyindir Najib Altantuya dengan mengatakan Pakatan Rakyat sudah lama bersedia untuk menghadapi BN!

BUBAR! BUBAR! BUBAR!


JALAN PULANG

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.