03 Jun, 2013
Siapa Blogger, Cybertroppers Najib?.. Ikuti Pendedahan Blogger Umno
Umum mengetahui keputusan PRU12 telah menunjukan betapa Media Sosial sebagai satu cabang medan tempur yang amat berkesan dalam mencetus "Tsunami Persepsi" yang akhirnya membawa kemenangan luar jangkaan kepada Parti Pembangkang dan mengakibatkan buat pertama kalinya dalam sejarah pilihanraya Barisan Nasional gagal memperolehi majoriti 2/3 di Parlimen.
Bukan setakat gagal memperolehi majoriti 2/3,bahkan
BN turut kehilangan kerajaan negeri di Selangor,Perak,P.Pinang dan Kedah
disamping negeri tradisi yang memang dikuasai pembangkang Kelantan dan
W.Persekutuan.
Bertitik tolak atas kesedaran peri pentingnya pengelibatan penyokong
Barisan Nasional dalam Media Sosial ini maka satu persatu individu
muncul sebagai blogger dan facebooker Pro-Kerajaan yang secara sukarela
tanpa disuruh tampil dialam siber menjadi Wira Wira yang tidak
didendang.Bermula dengan secara berseorangan dan kemudiannya membentuk
kumpulan kumpulan bloggers yang kita amat kenali hari ini.
Pada peringkat awal pengelibatan blogger/cybertrooper ini semuanya atas
inisiatif dan perbelanjaan mereka sendiri dan langsung tiada pembiayaan
secara langsung atau tidak langsung oleh pemimpin mahupun parti Umno
sendiri.Hanya setelah @NajibRazak menyatakan "secara terbuka" akan
kepentingan Pejuang Siber Pro BN,barulah dilihat individu atau kumpulan
blogger/cybertrooper ini dilamar pemimpin mahupun Umno sendiri untuk
dimantap dan diselaraskan gerak-kerja mereka.
Menjelang penghujung 2011 kita menyaksikan betapa Pejuang Pejuang Siber
Pro BN ini mula mengimbangi kekuatan disebelah pembangkang dan tidak
keterlaluan dan boleh kita katakan MENGATASI pejuang siber
pembangkang.Disamping Unit Media Baru PPUM yang semua tahu bernaung
terus dibawah Umno melalui sayap Pemudanya,wujud juga Kumpulan Kumpulan
Blogger/Cybertrooper yang sama hebatnya dengan UMB yang dibiayai
sepenuhnya oleh Umno,pemimpinnya ataupun dikhabarkan oleh agensi agensi
tertentu.
Dialam maya mereka mereka ini dikenali dengan nama blog masing
masing.Ada yang berwajah dan kebanyakannya tidak berwajah dan masing
masing mempunyai gaya penulisan dan pembaca(pengikut) mereka
tersendiri.Walaupun begitu dikalangan keluarga besar
blogger/cybertrooper ini mereka saling mengenali satu sama lain.
Bersama pengiktirafan dari Umno mahupun pemimpinnya terhadap kehebatan
individu mahupun kumpulan blogger ini turut mengiringi adalah DANA
PEMBIAYAAN,dan ini telah mencetuskan beberapa pergeseran yang melibatkan
individu mahupun kumpulan tertentu.Masing masing cuba menunjukan mereka
atau kumpulan mereka lebih hebat demi merebut DANA yang dikatakan
berjumlah ratusan ribu dan dikatakan juga mungkin mencecah jutaan RM.
Perbualan kedai kopi atau bila bloggers berpeluang berkumpul dalam
program program yang dianjurkan hanya berkisar tentang "Sipolan tu
blogger pemimpin sipolan","Sipolan tu dibayar sebanyak ini oleh sipolan
itu" dan macam macam tanggapan lain yang semuanya berkisar akhirnya
tentang soal WANG.Sebab itu sehingga hari hari terakhir berkempen
sebelum PRU13 pun kita melihat TIADA PENYELARASAN dalam soal
mempertahankan isu atau melakukan serangan terhadap pihak lawan.Masing
masing dengan cara tersendiri mengikut kumpulan masing masing dan jika
blogger itu tidak berada dalam mana mana kumpulan maka penulisan mereka
akan condong kearah individu blogger atau kumpulan yang mereka MESRA.
Dalam banyak banyak kumpulan bloggers yang dikatakan wujud saperti
diatas,wujud juga Kumpulan Blogger Elit yang rata rata menulis dalam
Bahasa Inggeris yang dilihat kerap dalam program program yang melibatkan
Perdana Menteri didalam mahupun diluar negara.Mereka mereka inilah yang
senantiasa dijemput mengikuti lawatan PM keluar negara mahupun dihantar
untuk program program diluar negara dari masa kesemasa.
Tapi yang lebih elit dari yang elit bila dikatakan wujudnya...
BLOGGER @NAJIBRAZAK dan BLOGGER ROSMAH MANSUR...
Siapa?Ntah sehingga hari ini aku sendiri pun tak pasti siapa...
Turut dikatakan wujud adalah...Blogger Hishamuddin..Blogger Zahid
Hamidi...Blogger KJ...Blogger Ahmad Maslan...Blogger Tun M...Blogger
Muhyiddin...Blogger JASA...Blogger BTN...Blogger ATM dan ntah apa apa
lagi kumpulan...
Tidak dilupakan....KUMPULAN BLOGGER DUIT.
Itu semua aku tak mahu ambil peduli kerana tujuan artikel ini aku tulis
hanyalah untuk memperkatakan tentang SIAPA SEBENAR BLOGGER DAN
CYBERTROOPER PERDANA MENTERI NAJIB RAZAK selama ini?Itu saja....
Terlalu banyak persoalan yang timbul tentang "keberadaan" Blogger
@NajibRazak ini bila hari ini wujud satu gelombang menyerang PENASIHAT
PM Allies Nor walaupun "target utama" serangan ini sebenarnya BUKAN
Alies Nor tetapi @NajibRazak sendiri...




0 orang berkata:
Post a Comment