Lim Guan Eng
Lim Guan Eng
GEORGETOWN - Ketua Menteri, Lim Guan Eng menyokong cadangan Pengerusi DAP, Karpal Singh agar  penambahan kerusi Parlimen di semua negeri yang mempunyai jumlah kerusi genap.
Menurutnya, ia adalah cadangan yang baik dan perlu dipertimbangkan sejajar dengan sistem demokrasi yang diamalkan negara ini.

“Saya sokong permohonan beliau (Karpal) kerana ia cadangan yang baik dan perlu diambil kira. Ini kerana, ia akan menyokong sistem demokrasi yang diamalkan selama ini.

“Kita bimbang jika berlaku kemenangan sama rata, ia akan menjadikan ‘parlimen tergantung’,” katanya kepada media selepas perasmian Green Robotics Challenge 2013 di Kolej KDU semalam.

Terdahulu, Karpal meminta Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menambah satu kerusi parlimen untuk negeri yang mempunyai jumlah kerusi genap.

Menurutnya, permohonan itu dibuat bagi mengelakkan berlakunya ‘parlimen tergantung’ (hung parliament) sekiranya kedua-dua parti memenangi jumlah kerusi yang sama.