11 Jun, 2013
Ahli Parlimen BN Bengang Dengan Ku Li
KUALA LUMPUR, 11 Jun — Beberapa ahli Parlimen Barisan Nasional (BN)
Parlimen dari Malaysia Timur yang tidak berpuas hati bertemu ahli
Parlimen veteran Tengku Razaleigh Hamzah malam tadi bagi membincangkan
kedudukan mereka kerana tidak mendapat apa-apa selepas kemenangan
pertempuran sengit dalam Pilihan Raya 2013. The Malaysian Insider
difahamkan, lebih kurang sedozen ahli Parlimen dari Sabah dan Sarawak
yang tidak mahu menyeberang menyertai Pakatan Rakyat (PR) tetapi turut
tidak gembira dengan Putrajaya kerana tidak diberikan apa-apa kepada
mereka selepas menang.
“Ahli Parlimen Malaysia Timur bertemu Ku Li di
rumahnya untuk membincangkan langkah seterusnya kerana mereka tidak
gembira dengan Putrajaya,” kata sumber kepada The Malaysian Insider,
merujuk kepada nama samaran putera raja itu.
Ahli-ahli Parlimen yang dipilih pada pilihan raya umum 5 Mei berada di
sini selama dua hari untuk diterangkan tentang prosedur dan etika
Parlimen.
BN mendapat 47 daripada 56 kerusi Parlimen di Sabah dan Sarawak,
menyumbangkan satu pertiga dari 133 kerusi mereka menangi daripada 222
jumlah kerusi di Parlimen.
Walau bagaimanapun, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak hanya
memberikan 20 jawatan menteri dan timbalan menteri kepada ahli Parlimen
Malaysia Timur, menyebabkan parti seperti SPDP dari Sarawak hanya
mempunyai satu wakil walaupun menang empat kerusi Parlimen.
Sebaliknya MIC dari semenanjung Malaysia menyaksikan empat ahli Parlimen
mereka mendapat jawatan menteri dan timbalan menteri dalam pentadbiran
Najib – yang mempunyai 32 menteri penuh termasuk lapan di Jabatan
Perdana Menteri.
“Ahli Parlimen dari Malaysia Timur tidak mahu meninggalkan BN akan tetapi mahukan sesuatu dari kemenangan mereka.
“Mereka bertemu Ku Li untuk melihat apa yang mereka boleh lakukan untuk meluahkan kekecewaan mereka,” tambah sumber itu.
Putera raja Kelantan itu mahu mencabar Najib untuk jawatan presiden Umno
dalam pemilihan parti lalu akan tetapi tidak mendapatkan pencalonan
cukup untuk layak, di mana pemenangnya kebiasaannya menjadi perdana
menteri dalam kerajaan BN.
Beliau mewakili Gua Musang semenjak 1974 dan sudah beberapa kali cuba
untuk mendapatkan jawatan perdana menteri tetapi tidak berjaya.
Satu lagi sumber memberitahu ahli Parlimen Malaysia Timur adalah yang
terbaruuntuk memberikan tekanan kepada Najib selepas beliau memenangi
mandat pertama peribadi dengan kerusi kurang daripada pendahulunya Tun
Abdullah Ahmad Badawi.
“Najib sudah diberikan tekanan dalam Umno dan sekarang ini, selepas keputusan buruk dalam pilihan raya,” tambah beliau.
Umno memenangi 88 kerusi Parlimen dalam Pilihan Raya 2013, meningkat
sembilan berbanding 2008 akan tetapi beberapa veteran parti menyalahkan
parti itu dan prestasi buruk BN kepada ahli strategi “bilik perang”, dan
membayangkan perdana menteri mungkin perlu ditunjukkan pintu keluar
jika dia tidak membuang ahli strateginya kerana nasihat buruk mereka.
“Ahli-ahli Parlimen ini tidak boleh melakukan banyak kecuali memanggil
untuk undi tidak percaya. Menjadikannya sebagai agenda sudah satu
kejayaan untuk menzahirkan kekecewaan mereka.
“Atau mereka boleh biarkan ahli Umno semasa pemilihan parti akhir tahun
menunjukkan kepada PM bagaimana mereka rasa,” tambah sumber tersebut.
Sumber itu juga memberitahu, ahli Parlimen BN yang bertemu Tengku
Razaleigh tidak dijangkakan untuk menunjukkan perasaan mereka sehingga
Parlimen bermula pada 24 Jun.
“Apa pun, ini hanyalah lebih tekanan kepada Najib untuk memuaskan hati semua pihak dalam BN, “katanya. ~the malaysian insider


0 orang berkata:
Post a Comment