11 Jun, 2013
Berita Yang Tidak Mahu Di Dengari Oleh Najib Dan Rosmah..
KUALA LUMPUR, 11 JUN: Permohonan perbicaraan salah bekas pegawai polis,
Sirul Azhar Umar yang dijatuhi hukuman mati kerana membunuh Altantuya
Shariibuu sekiranya diluluskan mahkamah, boleh membawa implikasi
perbicaraan semula ke atas kes tersebut, sekali gus mengesan lebih
banyak pihak yang terlibat dalam kes pembunuhan wanita Mongolia itu.
“Sirul dan Azilah boleh terlepas. Perbicaraan semula boleh dibuat untuk
mendapat tahu siapa sebenarnya yang bersalah,” kata biro guaman
KEADIILAN, Latheefa Koya kepada Keadilandaily.
Jelasnya, seseorang boleh bebas atas sebab salah tuduhan, dakwaan
dibawah seksyen yang silap, atau hakim belum ‘swearing-in’ (mengangkat
sumpah jawatan)
“Apa yang penting dalam kes ini terdapat pembunuhan dan kematian. Rakyat
nak tahu siapa yang diadili,” kata Latheefa lagi. Semalam, Mahkamah
Rayuan Putrajaya membenarkan permohonan perbicaraan silap oleh Sirul
untuk mengisytiharkan perbicaraan salah dalam kesbeliau membunuh
warganegara Mongolia Altantuya Shaariibuu.
Dalam notis usulnya difail pada 3 Jun, Sirul Azhar memohon diisytihar
sebagai perbicaraan salah oleh Mahkamah Tinggi kerana mendakwa terdedah
kepada publisiti buruk secara meluas dan prejudis terhadap dirinya,
dengan itu dinafikan perbicaraan yang adil.
Publisiti buruk diterimanya menimbulkan kebarangkalian bahawa hakim
mahkamah tinggi bersikap berat sebelah dan dengan itu sabitannya boleh
dipertikaikan.
Sirul mendakwa publisiti buruk itu menerusi tiga akuan bersumpah, iaitu
dua oleh Balasubramaniam dan satu lagi oleh Raja Petra Kamarudin. ~keadilandaily



0 orang berkata:
Post a Comment