11 Jun, 2013
Taklimat Dewan Rakyat 'Lengang', Hanya Seorang MP Pakatan Rakyat Hadir
KUALA LUMPUR - Seolah-olah mengotakan apa yang dihebohkan sebelum ini,
hanya seorang ahli Parlimen pembangkang hadir taklimat ahli Dewan Rakyat
hari ini.
Majlis taklimat yang bermula kira-kira jam 9.30 pagi menyaksikan hanya
ahli Parlimen Bakri dari DAP, Er Teck Hwa sahaja yang hadir ke upacara
rasmi itu.
Menulis dalam laman mikro Twitter, Menteri Komunikasi dan Multimedia yang juga ahli Parlimen Kemaman, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata, " hanya satu orang MP pembangkang yang hadir majlis taklimat Parlimen. Yg lain tak iktiraf?".
Pembangkang sebelum ini menegaskan mereka mahu boikot sesi Parlimen ke-13 yang akan bermula 24 Jun ini selagi tuntutan mereka tidak dipenuhi.
Antaranya, mereka mendesak supaya pengerusi dan timbalan pengerui Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) meletak jawatan kerana didakwa bersekongkol dalam penipuan PRU13. ~sinar harian

0 orang berkata:
Post a Comment