12 Jun, 2013
Ini Calon Berkaliber Speaker Dewan Rakyat Pakatan Rakyat
Pakatan Rakyat (PR) sebulat suara bersetuju menamakan mantan Hakim
Mahkamah Persekutuan, Datuk Abdul Kadir Sulaiman sebagai Yang di-Pertua
Dewan Rakyat bagi Parlimen Ketiga Belas.
Penamaan Datuk Abdul Kadir sebagai Yang di-Pertua telah dikemukakan atas
nama Ahli Parlimen Bandar Tun Razak merangkap Menteri Besar Negeri
Selangor sebagai mewakili pendirian PR pada 10 Jun 2013.
Satu pemberitahu bersurat mengenai penamaan itu telah dikemukakan kepada
Setiausaha Dewan Rakyat mengikut kehendak Peraturan-peraturan Majlis
Mesyuarat Dewan Rakyat 4(1).
PR bertegas bahawa Yang di-Pertua Dewan Rakyat mesti
dilantik dari kalangan seorang yang bebas, berkecuali tanpa parti,
berwibawa dan berkelayakan untuk berkhidmat.
Datuk Abdul Kadir memenuhi semua kriteria yang selayaknya sebagai Yang
di-Pertua. Beliau telah menabur bakti kepada negara selama lebih 50
tahun dalam pelbagai Jabatan, Kementerian, Negeri, Suruhanjaya,
Kehakiman dan Majlis DiRaja Negeri.
Beliau bersara sebagai Hakim Mahkamah Persekutuan pada 28 Mac 2006.
Kemudiannya dilantik menjadi anggota Suruhanjaya Siasatan DiRaja (RCI)
mengenai kematian Teoh Beng Hock, anggota Jawatankuasa Eksekutif
Transformasi SPRM dan Ahli Majlis Penasihat Pemangku Raja Terengganu.
PR berkeyakinan penuh bahawa pemilihan Datuk Abdul Kadir Sulaiman
sebagai Yang di-Pertua akan meningkatkan lagi penghormatan rakyat
terhadap institusi Parlimen dan melonjakkan kewibawaannya di persada
antarabangsa. ~keadilandaily



0 orang berkata:
Post a Comment