13 Jun, 2013
Kantoi!! Ketua JSJ Bagi Kenyataan Palsu
Satu aduan terhadap Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Kuala Lumpur,
Datuk Ku Chin Wah oleh peguam dan keluarga N Dharmendran di ibu pejabat
polis Bukit Aman.
Isteri mangsa, M S Marry berkata, kenyataan Ku Chin Wah 22 Mei lalu
bercanggah dengan laporan bedah siasat dikeluarkan pakar patologi
Hospital Kuala Lumpur (HKL) bahawa mangsa mati akibat pukulan
teruk.“Kenyataan itu jelas palsu.
Kerana pagi esoknya, saya dan keluarga telah memeriksa mayat suami dan
mendapati terdapat kesan pukulan yang teruk diseluruh badannya selain
kedua telinganya di-staple.“Tetapi Chin Wah mendakwa suami saya mengadu
sakit dada dan mengalami kesesakan nafas pada malam itu sebelum
meninggal dunia sebaik tiba di HKL.
“Laporan HKL mengesahkan punca kematian kerana pukulan ini,” katanya kepada pemberita dihadapan balai polis Bukit Aman.
Terdahulu, aduan diserahkan kepada ASP Ramia Kanapathi, wakil Unit Rekod
Pengaduan, Urusetia Ketua Polis Negara (KPN) Tatatertib Bukit
Aman.Turut hadir, peguam, G. Sivamalar dan Michelle; Timbalan Pengerusi
Biro Hak Asasi & Undang-undang KEADILAN, S Jayathas serta bapa
mangsa.Balu Dhamendran, M S Marry mahu ‘pembunuh’ suaminya dihadap ke
muka pengadilanMarry turut mendesak Polis menjelaskan sama ada seorang
anggotanya yang didakwa terlibat masih bebas dan belum ditangkap“Polis
mendakwa beliau sudah menghilangkan diri.
Itu bukan alasan, kerana polis boleh mengedarkan gambar sebagai seorang paling dikehendaki,” katanya sambil menambah beliau mengenali anggota polis yang masih bebas itu.5 Jun lalu, tiga daripada empat anggota polis itu didakwa atas pertuduhan membunuh bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.Ketiga-tiga mereka ialah Jaffri bin Jaafar, 44; Mohd Nahar Abdul Rahman, 45; dan Mohd Haswadi Zamri Shaari, 32, bersama seorang lagi yang masih bebas. ~keadilandaily

0 orang berkata:
Post a Comment