22 June 2013
PADANG MERBOK : SAMPAI BILA KHEMAH BOLEH TEGAK
Sampai
bilakah khemah-khemah ini dapat berdiri tegak di Padang Merbok kerana
ramai manusia khianat yang dengki dan hasad. Mereka benci kerana khemah
itu menyemakkan padang dan menyakitkan mata.
Tak lama akan datang 'wak yik-wak yik' pencacai akan menganggu tuan punya khemah tersebut.
Kira-kira 40 khemah yang didirikan peserta sebaik himpunan selesai kira-kira jam 6 petang tadi.
Ia adalah inisiatif NGO Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) yang merupakan sebahagian daripada penganjur himpunan petang tadi.
SAMM sebelum ini bercadang memanjangkan protes terhadap Suruhanjaya
Pilihan Raya (SPR) selama dua hari lagi sehingga ke hari anggota
parlimen mengangkat sumpah Isnin depan.
Pengarah Propaganda SAMM, Edy Nor Redzuan berkata mereka berusaha untuk menyediakan tandas kepada peserta perkhemahan tersebut.
Katanya, kemudahan tandas berdekatan tapak perkhemahan tersebut didapati dikunci kemas oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).
Di sekeliling tapak khemah juga sudah mula kelihatan bendera-bendera SAMM dipacak membentuk satu perimeter.
Pada masa sama,
pengusaha gerai yang mula berniaga sejak awal pagi tadi di kawasan
tempat letak kereta Padang Merbok masih meneruskan perniagaan mereka
menjadikan tempat ini seperti tapak pesta.
Menurut Edy, rancangan asal untuk berkhemah sehingga ke hari parlimen
mengangkat sumpah akan ditukar kepada berkhemah sehingga tujuh pimpinan
tertinggi SPR meletak jawatan.
"Namun, kalau kita boleh bertahan sehingga esok tanpa gangguan pihak luar, itu sudah merupakan satu kejayaan besar," kata Edy.
Tambahnya, mereka mempunyai simpanan khemah tambahan sebagai ganti, sekiranya khemas sedia ada dirampas pihak berkuasa.
0 orang berkata:
Post a Comment