9/06/13
Takziah Seniwati Latifah Omar meninggal dunia
Latifah Omar dilaporkan meninggal dunia di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM), petang tadi.
Allahyarham sebelum ini dilaporkan
dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) HUKM setelah menjalani pembedahan
akibat penyakit ulser.
Pelakon veteran yang berusia 74 tahun
itu dimasukkan ke wad setelah mengadu sakit perut dan mengalami
muntah-muntah pada Khamis lalu sebelum dibawa ke hospital.



Sebelum dimasukkan ke HUKM, Allahyarham
telah dimasukkan ke Hospital Islam Kampung baru namun dipindahkan ke
HUKM ekoran kos perubatan terlalu tinggi.
“Beliau dipindahkan ke HUKM kerana kos
terlalu tinggi. Beliau sudah menjalani dua pembedahan dan disahkan
meninggal jam 6.19 petang, tadi,” katanya.
Zed Zaidi juga memberitahu, pelakon veteran, Datuk Mustapha Maarof turut mengiringi jenazah Latifah Omar untuk dibawa pulang.
“Datuk Mustafa Maarof berusaha membawa dan ingin mengebumikan jenazah di Tanah Perkuburan Ampang.
“Jenazah akan dikebumikan esok pagi,” katanya.
Turut disemadikan di tanah perkuburan itu termasuklah Allahyarham Tan Sri P. Ramlee dan beberapa seniman serta seniwati lain.


0 orang berkata:
Post a Comment