BERAPI!!! Cerita Di Sebalik Konspirasi Pengunduran Tuan Guru Nik Aziz.. Jom Terjah!!
8:24 AM
No comments
Setelah Datuk Ahmad
Yaakob mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Kelantan pada 6 Mei 2013,
dan Datuk Husam Musa tidak terlantik ke dalam saf Exco Kerajaan Negeri
Kelantan yang baru itu; di Kuala Lumpur masih terdengar cerita-cerita
yang kurang menyenangkan – kononnya ada konspirasi meminggirkan Tok Guru
Nik Aziz dari jawatan Menteri Besar yang telah disandangnya selama 23
tahun itu.
Sewaktu saya berkunjung
ke pejabat Harakah pun cerita konspirasi itu masih kedengaran di situ.
Di kalangan kawan-kawan Seniman Paksi Rakyat pun ada yang mempersoalkan
cadangan Paksi bekerjasama (menganjurkan satu program) dengan kerajaan
Kelantan pimpinan Ahmad Yaakob, dengan alasan tidak mahu bersyubhat
dengan konspirasi.
Hingga
saya pun menjadi hairan sendiri, mengapa pula saya yang dilihat (di
kalangan kawan-kawan) lebih ‘hampir’ dengan TG Nik Aziz ini tidak pula
berfikir atau terasa demikian? Padahal saya mengikuti (dari jauh) setiap
perkembangan dan pergerakan TG Nik Aziz khasnya di hari bersejarah 5
Mei itu.
(Zali kawan saya merakam
video pergerakan TG Nik Aziz sepanjang hari 5 Mei itu, dari pagi hingga
ke malam, yang sepatutnya TG Nik Aziz mengumumkan keputusan di pejabat
PAS Negeri di Bangunan Zulkifli Muhamad, Kota Bharu, malam itu tetapi
beliau tidak hadir. Saya menonton keseluruhan rakaman video tiga jam
itu.)
Keterkejutan orang
menerima berita pengunduran TG Nik Aziz itu memang kita faham, walaupun
saya tidaklah terkejut sangat, kerana berdasarkan apa yang saya selalu
ikuti perkembangan hidup dan tugas Tok Guru (telah masuk tahun ke-23
menjadi Menteri Besar) yang telah mencapai usia 83 tahun, dan persoalan
siapakah bakal penggantinya pun telah beberapa kali dibincangkan, maka
soal kemungkinan Tok Guru akan berundur pada bila-bila masa sahaja itu
memang sudah ada dalam fikiran saya. Jadi berita bahawa bukan TG Nik
Aziz yang angkat sumpah pada petang Isnin 6 Mei itu tidaklah
memeranjatkan sangat.
Dan mengapa harus
fikirkan ada konspirasi? Kerana yang mengambil tempat Menteri Besar itu
rupa-rupanya seorang tokoh yang kurang dikenali ramai di luar Kelantan.
Itulah sebabnya barangkali. Apa sebab lain lagi?
Saya sering ke Kelantan
dan acapkali berbincang dengan kawan-kawan di sana mengenai siapa bakal
mengambil tempat MB apabila dikosongkan TG Nik Aziz (kerana faktor
tertentu). Maka saya pun tak berasa pelik apa-apa dengan berita petang
Isnin itu. Memang Ahmad Yaakoblah, siapa lagi?
Memang dia tidak sehebat
atau setokoh TG Nik Aziz. Tetapi dialah yang paling layak di antara
yang ada, dan dia pun sudah 10 tahun membantu TG Nik Aziz, sebagai
Timbalan Menteri Besar, sejak 2004.
Lalu bagaimana timbulnya
cerita konspirasi itu? Inilah peliknya. Mengenali TG Nik Aziz secara
dekat, dan orang-orang di sekelilingnya, saya tak dapat melihat di mana
wujudnya jalur yang boleh mencetuskan kita berfikir adanya konspirasi
itu. Tak mungkin. Dan hal ini berbeza sangat dengan cerita yang cuba
mensabitkan TG Nik Aziz dengan perbuatan rasuah dulu itu (yang
kemudiannya disahkan karut oleh pihak SPRM sendiri). Itu digerakkan oleh
pihak yang memang bermusuh dengan PAS.
Di kalangan pimpinan PAS
Kelantan sendiri wujud tokoh yang boleh menggerakkan konspirasi bagi
menyingkirkan TG Nik Aziz, dan TG Nik Aziz pun berjaya disingkirkan
secara konspirasi itu? (Eh, biar betul!..) Ada kemungkinkah begitu? Saya
tak percaya ada kemungkinan itu.
Namun disebabkan agak
meluas cerita itu tersebar di Kuala Lumpur, termasuk di kalangan
kawan-kawan sendiri, saya pun terasa perlu mengesahkan keyakinan, lalu
menghubungi beberapa sumber yang layak dipercayai di Kota Bharu,
termasuk di kalangan keluarga di Pulau Melaka sendiri.
Memang, sumber-sumber
yang mengetahui secara langsung dalam cerita ini pun mengakui – memang
wujud cerita-cerita tak betul di sekitar peralihan Menteri Besar
daripada TG Nik Aziz kepada Ahmad Yaakob itu. Sebab apa terjadi begitu –
biarlah. Yang pentingnya tulisan ini ingin menjelaskan hal yang
sebenar.
TG Nik Aziz sudahpun
menyatakan hasratnya untuk berundur itu, kepada orang terdekat
dengannya, sebelum hari mengundi lagi. Dan di hari mengundi itu selepas
membuang undi dan melawat beberapa tempat mengundi, tengah harinya
selepas solat Zuhur di masjid Cabang Empat (sempat tazkirah sekejap),
Tok Guru pulang ke rumah dan tidak keluar lagi, kerana tidak sihat.
Doktor datang ke rumahnya petang itu.
Malam itu semua orang
menunggu kehadirannya di Pejabat PAS Negeri untuk membuat pengumuman
keputusan, seperti kebiasaan setiap kali PRU. Tok Guru tidak hadir.
Bukan dia sengaja tidak hadir sebab dia hendak berundur. “Bukan,” kata
anak menantu di Pulau Melaka. “Esoknya saya sendiri tanya Tok Guru
mengapa tak datang. Dia kata sebab tak sihat, badan jadi tak larat
sangat.”
Namun malam itu TG Nik
Aziz memanggil mesyuarat Dewan Harian ke rumahnya pagi-pagi esoknya,
pukul 7 pagi. Setiausaha Kerja Dewan Harian yang buat panggilan, melalui
SMS, seperti biasa.
Dalam mesyuarat itulah
Tok Guru mencadangkan Datuk Ahmad Yaakob untuk mengisi jawatan Menteri
Besar, dan mendapat persetujuan semua yang hadir. Selepas mesyuarat itu
Tok Guru masuk hospital. Dia bercadang hendak hadir majlis angkat sumpah
di istana petang itu, sebab itu dia memesan supaya pakaian khas untuk
itu turut dibawa ke hospital. Tetapi keadaan kesihatannya petang itu
tidak mengizinkan dia hadir.
Saya meninjau juga
pandangan beberapa pihak di Kelantan terhadap tindakan TG Nik Aziz
membuat cadangan pelantikan Datuk Ahmad Yaakob itu. Rata-rata mereka
bersetuju, “untuk mengelak daripada berlaku perselisihan yang serius dan
keadaan yang lebih rumit,” akui seorang YB.
-dinsman


0 orang berkata:
Post a Comment