Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified
DAP sangkal dakwaan biaya Red Bean Army
SITI NUR MAS ERAH AMRAN
3 Jun 2013
Lim Guan Eng
Lim Guan Eng
BUKIT MERTAJAM - Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng menyangkal dakwaan pihaknya menaja tentera siber pembangkang yang dikenali Red Bean Army seperti yang didakwa media massa.

Beliau ketika ditemui berkata, DAP tidak mampu biayai kumpulan itu berikutan isu kesempitan wang dihadapi.

“Kami tidak pernah tubuhkan sebarang kumpulan dan ini salah satu lagi isu jahat yang cuba dimainkan lawan.

“Jika benar wujud kumpulan digembar-gemburkan, kami mohon polis kemukakan bukti kukuh supaya tindakan selanjutnya boleh diambil,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media yang diadakan selepas Perasmian Projek Naik Taraf Pasar Awam Sama Gagah di Permatang Pauh, semalam.

Turut hadir ialah Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Yang Dipertua Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP), Maimunah Mohd Sharif.

Kelmarin, media tempatan menyiarkan laporan pihak berkuasa diminta untuk memantau pergerakan kumpulan tentera penentang pembangkang supaya tidak menjejaskan keselamatan sekaligus memecahbelahkan masyarakat.

Dalam pada itu, seorang ahli perniagaan dari Taiwan yang memilih Pulau Pinang untuk melabur turut dikaitkan sebagai penaja kumpulan terbabit.

Guan Eng berkata, isu itu hanya akan menakutkan pelabur melabur di Malaysia terutama di Pulau Pinang.

“Ia salah satu helah kerajaan pusat untuk menakut-nakutkan orang ramai selain membangkitkan sentimen perkauman dan isu tentera ini,” katanya.

Anwar berkata, kerajaan Pusat perlu mengubah pendekatan dan menggunakan cara lain untuk menjatuhkan PR.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.