Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

Friday, June 7, 2013

Berdemonstrasi kerna berasa diri mereka 'hebat'

Berdemonstrasi kerna berasa diri mereka 'hebat'
Akhir-akhir ini, Malaysia seperti beberapa negara lain berhadapan dengan pembabitan sebilangan anak muda yang antigolongan berkuasa dalam perhimpunan dan demonstrasi kononnya atas nama
kebebasan bersuara dan melakukan pembaharuan.

Apakah yang sebenarnya berlaku yang mendorong sebahagian generasi muda ini bertindak sedemikian?

Mengupas persoalan itu, Pakar Perunding Psikiatri dari Jabatan Perubatan Psikologi Universiti Malaya (UM) Dr Muhammad Muhsin Ahmad Zahari berkata sebilangan anak muda yang dikategorikan dalam generasi Y ini cepat berasa diri mereka 'hebat'.

Sikap ini mudah mendorong mereka untuk melibatkan diri dalam demonstrasi jalanan atau melakukan provokasi menerusi laman sosial apabila terpengaruh dengan asakan budaya negatif ini.

"Mereka sebenarnya belum matang dalam membuat keputusan terutama ketika mereka berada dalam keadaan tertekan atau kecewa. Lebih membimbangkan ada yang cuba mencabar sistem perundangan negara dengan membuat kecoh, huru-hara dan ini menimbulkan tanggapan negatif terhadap generasi itu," katanya kepada Bernama.

Laporan Bernama bertajuk "Gen Y berdema cuma sebab rasa hebat" seterusnya melaporkan. Ramai anak muda menghadiri beberapa perhimpunan yang dianjurkan Pakatan Rakyat baru-baru ini membawa nada serupa, menyuarakan perasaan tidak puas hati terhadap Suruhanjaya Pilihan Raya, kononnya berlaku penyelewengan dalam pilihan raya umum ke-13 (PRU13).

Apakah institusi keluarga kini semakin kurang memainkan peranan mendidik dan membentuk sahsiah anak muda?

Dr Muhammad Muhsin berkata banyak faktor lain termasuk media sosial yang boleh mempengaruhi corak pemikiran generasi muda terutama kepada mereka yang menjadikan media sosial sebagai sumber rujukan utama maklumat.

Meskipun ada ibu bapa yang bersikap tegas dalam mendidik anak-anak, namun sikap degil dan memberontak anak muda menyebabkan mereka tidak peduli dengan nasihat keluarga, katanya.

Darah anak muda yang membuak-buak bersemangat untuk meluahkan rasa tidak puas hati, didorong dengan ajakan rakan-rakan menghadiri demonstrasi jalanan, menyumbang kepada punca anak muda melibatkan diri dalam perhimpunan sebegini.

- Bernama

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.