Jenice saman DAP mohon deklarasi anggotanya dikembalikan
5 Jun 2013
Jenice Lee Ying Ha
KUALA LUMPUR - Bekas Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Teratai
Jenice Lee Ying Ha menfailkan saman terhadap DAP berhubung pelucutan
keanggotaannya dalam parti itu.
Lee, 33, menfailkan writ saman melalui Tetuan Harjit Sandhu di Pejabat
Pendaftar Mahkamah Tinggi Sivil di sini dan menamakan Setiausaha Agung
DAP Lim Guan Eng sebagai defendan.
Penyataan tuntutan Lee memohon deklarasi agar keanggotaannya dalam
parti itu sejak 2001 dikembalikan serta-merta selain kos dan relif lain
yang difikirkan wajar oleh mahkamah.
Lee mendakwa pelucutan keanggotaannya, yang hanya diketahui melalui
media pada 20 April lepas, adalah tidak sah kerana siasatan Pendaftar
Pertubuhan (ROS) mendapati pemilihan anggota Jawatankuasa Eksekutif
Pusat (CEC) DAP pada Disember tahun lepas tidak mengikut Perlembagaan
parti itu.
Pada pilihan raya umum ke-13, Lee yang juga bekas setiausaha publisiti
DAP Selangor bertanding sebagai calon bebas di DUN Teratai namun tewas. -
Bernama


0 orang berkata:
Post a Comment