Jerebu gugat hubungan Singapura - Jakarta
JAKARTA - Indonesia menuduh Singapura berkelakuan seperti keanak-anakan
apabila menyalahkan negara terbabit berhubung jerebu teruk yang kini
melanda Singapura.
“Singapura tidak boleh berkelakuan seperti kanak-kanak dan menyalahkan kami,” kata menteri yang bertanggungjawab mengenai krisis jerebu, Agung Laksono, semalam.
Menurut laporan Al-Jazeera, Laksono mengulas tindakan Singapura yang menggesa supaya Indonesia segera memadamkan kebakaran hutan di Sumatera.
Kualiti udara di Singapura dan Malaysia terjejas teruk dan berada di peringkat bahaya di sesetengah kawasan akibat asap tebal ekoran kebakaran itu.
Satu mesyuarat teknikal di antara pegawai Indonesia dan Singapura juga bakal diadakan mengenai keadaan jerebu di kedua-dua negara.
Indeks pencemaran udara di Singapura kini telah melepasi tahap bahaya iaitu 400.

0 orang berkata:
Post a Comment