Khamis, 6 Jun 2013
SIAPA SASARAN TGNA??? JANGAN CEPAT SANGAT TUDUH...
Sudah lama saya ingin mengangkat artikel sahabat ini dalam blog saya.
Cuma kesempatan isu menjadikan saya menangguhkan hasrat itu. kadangkala
..jika ia tengah panas...orang tak dapat berfikir dengan waras... juga
menanti jika ada penjelasan TGNA sendiri.... Ada benarnya malah jika
dilihat waktu kenyataan Tok Guru Nik Aziz memang benar ianya ada kaitan.
Ia berpunca dari kenyataan TGNA berkaitan Isu bersama umNO ; Ia bermula
dengan kenyataan ini; KOTA BHARU: Mursyidul Am PAS Tuan Guru Datuk Nik Abdul
Aziz Nik Mat berkata beliau tidak akan membenarkan sebarang usaha ke
arah penyatuan PAS dan Umno selagi beliau masih hidup.
Menurut
bekas Menteri Besar Kelantan itu, PAS adalah milik semua ahlinya dan
sebarang tindakan atau keputusan yang dibuat perlu mendapat persetujuan
daripada semua ahli khususnya melalui muktamar.
“Tidak boleh sesiapapun mengatur usaha untuk mengadakan kerjasama antara PAS dan Umno apa lagi secara senyap-senyap, parti ini terbuka kepada orang ramai dan milik ahli.
“Saya tidak bagi, selagi saya masih hidup saya tidak akan benarkan usaha untuk menjalin kerjasama PAS dan Umno dilakukan,” ujarnya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui Harakahdaily semalam.
Tuan Guru berkata Umno sejak awal lagi menolak dasar Islam sebagaimana yang diperjuangkan oleh PAS.
Tambahnya, selain persoalan dasar parti, banyak lagi perkara yang perlu dikaji terhadap kesilapan Umno dalam perjuangan mereka.
“Untuk itu tidak ada sebab kita ingin bersama mereka dan saya peringatkan pada yang lain jangan ada usaha ini,” ujarnya lagi.
Menurut
bekas Menteri Besar Kelantan itu, PAS adalah milik semua ahlinya dan
sebarang tindakan atau keputusan yang dibuat perlu mendapat persetujuan
daripada semua ahli khususnya melalui muktamar.“Tidak boleh sesiapapun mengatur usaha untuk mengadakan kerjasama antara PAS dan Umno apa lagi secara senyap-senyap, parti ini terbuka kepada orang ramai dan milik ahli.
“Saya tidak bagi, selagi saya masih hidup saya tidak akan benarkan usaha untuk menjalin kerjasama PAS dan Umno dilakukan,” ujarnya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui Harakahdaily semalam.
Tuan Guru berkata Umno sejak awal lagi menolak dasar Islam sebagaimana yang diperjuangkan oleh PAS.
Tambahnya, selain persoalan dasar parti, banyak lagi perkara yang perlu dikaji terhadap kesilapan Umno dalam perjuangan mereka.
“Untuk itu tidak ada sebab kita ingin bersama mereka dan saya peringatkan pada yang lain jangan ada usaha ini,” ujarnya lagi.
TGNA tak sebut pun pasal dalam PAS... cuma puak yang nak ambil kesempatan saja segera menuduh golongan Ulama.
seperti sahabat saya ini..... mereka mendahului dengan menujum
kenyataan TGNA takut tembelang sebenar bocor... apapun bacalah
pandangan sahabat saya dari blog dia ni....
sebagai ingatan...kenyataan ini dikeluarkan TGNA selepas terdedah
pertemuan DSAI dengan Najib melalui Jusuf Kalla... apapun alasan
pertemuan itu hanay mereka yg tahu... bukan mudah nak percaya
sekarang...kalau ulama yang menghabiskan masa dengan mengajar agama dan
ibadat serta disanjung tokoh gerakan Islam dunia... apa jaminan untuk
mesti percaya kenyataan selain ulama...
Blog sahabat saya Gerakan Anti Najib Rosmah menulis...
Blog sahabat saya Gerakan Anti Najib Rosmah menulis...
Saya ingin sangat nak mengetahui tentang kenyataan terbaru Tok Ayah
tentang tiada hubungan politik antara PAS dengan Umno selagi beliau
hidup. Adakah kenyataan untuk perjanjian Anwar dengan Najib yang mana
PKR adalah rakan PAS dan DAP dalam PR. Dan yang pasti sudah ada
suara-suara sumbang dengan mengatakan tak kan pokok bergoyang sendirinya
atau ada yang menggoncang pokok itu sehinggakan Tok Ayah berkata
begitu.
Apa yang boleh saya simpulkan ialah ia seperti satu tuduhan daripada
blogger jahat untuk mengaitkan Haji Hadi dan Geng Terengganu untuk
menghidupkan kembali UG. Bagi saya ia lebih kepada pertemuan tanpa
berjumpa antara Anwar dan Najib dengan Yusof Kalla sebagai orang tengah.
Jika nak menuduh ada pemimpin PAS yang masih teringin tidur sebantal
dengan Umno, mereka sudah lama dibuang dari PAS.
Jika hendak buat tuduhan terhadap kepimpinan PAS Terengganu yang
diketuai presiden PAS, maka simpan sahaja tuduhan itu kerana walau hebat
mana pun blog kamu yang hitnya tinggi melangit baik datang sendiri ke
Terengganu. Tanya ahli/pendokong PAS Terengganu pandangan mereka tentang
menyatu kembali PAS dengan Umno Kalau tak dihumban, mungkin kamu akan
lari lintang pukang menyelamatkan diri. Betapa ahli/pendokong PAS
bencinya mereka terhadap Umno dan bagaimana kamu masih lagi menjaja
Kerajaan Perpaduang demi menghentam Haji Hadi.
Duduk Selangor, Penang atau Johor tetapi angin nak melaga-lagakan PAS
Terengganu dengan Umno, datanglah dan banyak bertanya jangan duk harap
berita-berita blogger jahat jer. Nak kaji pokok masuk hutanlah jangan
duk kat bandar jer lepas tu dok tunjuk pandai merekalah pengkaji yang
ulung. Memang saya tidak nafikan ada tangan-tangan gatal yang gilakan
jawatan tetapi jauh api dari panggang jika Haji Hadi ingin bersama
dengan Umno.
Kenapa sya menyatakan begitu kerana saya mengenali siapa manusia yang
bernama TGHH dan pegangan beliau terhadap Islam. Jika beliau nak jawatan
dah lama beliau dapat jawatan, mungkin dah bergelar Tan Sri tetapi itu
bukan agenda beliau, agenda beliau untuk melihat tertegaknya Islam di
bumi bertuah ini. Dulu saya ada kala bila balik ke kampung, kami ada
bercerita dilambu rumah kayu beliau di belum dibaik pulih. Saya lebih
mesra memanggil beliau Ayah Chik.
Ayah Chik ada bercerita tentang kepulangan beliau selepas melanjutkan
pelajaran diluar negara dan ketika itu Wan Mokhtar adalah MB Terengganu.
Selepas pulang beliau memegang jawatan sebagai Yang Dipertua Abim
Terengganu di mana Al-Marhum Ustaz Fadhil Noor adalah timbalan kepada
Anwar Ibrahim ketika Anwar adalah pemimpin No.1 Abim Malaysia. saya
tidak menafikan yang Anwar adalah idola saya.
Selepas pulang dari belajar, Ayah Chik ada menceritakan bagaimana Wan
Mokhtar telah memberi beliau satu jawatan (jika tidak silap saya di
Yayasan Terengganu) di mana Ayah Chik diberi satu meja dan satu kerusi
tanpa melakukan apa-apa kerja. Pagi masuk petang balik, cukup bulan
terima gaji dan itulah rutin harian beliau. Sebenarnya Wan Mokhtar ingin
menyekat Ayah Chik daripada berpolitik kerana semua penduduk Marang
tahu pengaruh yang dimiliki Haji Awang sehinggalah sampai satu masa Ayah
Chik meletak jawatan dan bergiat aktif dalam PAS.
Adakah Ayah Chik ingin menjadi Perdana Menteri seperti apa yang berlaku
dalam PR sekarang nih, Ayah Chik lebih suka menjadi nelayan dari menjadi
PM yang mana bagi orang alim ia adalah satu amanah yang kuat berat
untuk dipikul. Oleh itu jika ada pemimpin PAS yang mempunyai cita-cita
untuk jawatan presiden PAS, anda dipersilakan kerana PAS tidak
memerlukan kuota seperti Umno. Saya rasa Ayah Chik lebih suka jika ada
pemimpin yang layak untuk mengantikan beliau supaya beliau meneruskan
usaha dakwahnya.
Tentang UG pula, berapa lamakah pemimpin yang nak tidur sebantal dengan
Umno menjadi ahli PAS kerana daripada pengamatan saya, semua yang
tergila-gilakan Umno adalah pemimpin yang baru dibawa masuk ke dalam
PAS. Tiada seorang pun veteran PAS yang betul-betul terlibat. Kepada
blogger yang mereka diri mereka hebat sangat, cermin diri anda dulu
sebelum mengeluarkan kenyataan-kenyataan bodoh. Kebanyakan pengkritik
PAS, bukannya ahli PAS kerana mereka sebenarnya adalah pencacai PKR yang
mengaku serba-serbi tahu tentang PAS sehingga dalam kelambu. Tolonglah
jangan perbodohkan diri anda yang sememangnya dah bodoh./GANR sumber


1 orang berkata:
Itu Ayah Cik dahulu. Ayah Cik sekarang ini dah lain. Beliau mempunyai rakan karib yang bernama Mustafa Ali dan Harun Taib dan tidak lupa juga pengaruh menantu beliau "Din Ayam". Manusia bukannya Malaikat, mereka sentiasa boleh dipengaruhi apalagi jika mereka ada nama besar. Berpijaklah atas realiti, jangan jadi burung kakatua yang tahu bercerita tapi tidak pernah mengalami atau menjadikan pengalaman sebagai guru dalam kehidupan kita.
Post a Comment