Misi jahat Kiram
6 Jun 2013
Muka depan Sinar Harian 6 Jun 2013
Hamza Taib
Kita ingat, bila berjumpa, Agbimudin akan lembut hati dan akan keluar dari Sabah.
Selepas itu dia minta berjumpa pula abangnya pula, Ismail Kiram.
Untuk usaha ini, kita juga bawa Datuk Piah dan anak Ismail Kiram, Amir Baha dari Filipina. Kita ambil mereka di Semporna dan temukan mereka.
Namun dia tetap tak mahu beralah.
"Dia mahu kita iktiraf dia sebagai King of Borneo.
Saya cakap dengan dia, sedangkan Kerajaan Filipina tak iktiraf dia sebagai King of Borneo, mustahil kita boleh iktiraf seperti yang dia mahu.
Macam-macam usaha kita buat. Kita panggil isteri dia, anak dia dan libatkan Kerajaan Filipina tapi dia masih degil."
Begitulah sepintas bicara Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Pahlawan Hamza Taib, menceritakan kisah di sebalik usaha menyelesaikan krisis tegang pencerobohan di daerah Lahad Datu oleh Pengganas Kiram yang mengemparkan negara di sepanjang Februari dan Mac lalu.
Ikuti temubual lengkap beliau di akhbar Sinar Harian, Jumaat, 7 Jun.
DAPATKAN AKHBAR SINAR HARIAN ESOK!


0 orang berkata:
Post a Comment