Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified
Peguam syarie berjaya ketepi keputusan MAIWP
KUALA LUMPUR - Seorang peguam syarie hari ini berjaya mengetepikan keputusan Jawatankuasa Peguam Syarie dan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) yang menggantung khidmatnya.

Ia susulan keputusan Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Zaleha Yusof yang membenarkan permohonan Muhamad Burok untuk membatalkan keputusan Jawatankuasa Peguam Syarie pada 23 April 2012 yang menggantung khidmatnya selama enam bulan bermula 1 Jun 2012.

Hakim Zaleha juga membatalkan keputusan yang dibuat MAIWP pada 13 Ogos 2012 yang mengenakan tindakan sama berkuatkuasa mulai Sept 2012 hingga 28 Feb lalu.

Beliau memerintahkan kedua-dua responden membayar ganti rugi am yang akan ditaksir kemudian dan kos sebanyak RM7,000 kepada Muhamad.

Muhamad memfailkan permohonan kebenaran semakan kehakiman untuk mengisytiharkan keputusan kedua-dua responden tidak sah pada 4 Okt 2012 kerana menggantung tugas beliau sebagai peguam syarie di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan selepas seorang anak guamnya membuat aduan atas alasan beliau gagal hadir dalam satu keputusan kes cerai. - Bernama

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.