PESTA BUKU SELANGOR KEDUA TERBESAR DI MALAYSIA
SHAH ALAM
3 Jun 2013
3 Jun 2013
EXCO Pendidikan Selangor yang baru dilantik semula pada 30 Mei yang lalu
, YB Dr Halimah Ali telah menjalankan tugas rasmi pertamanya di MAJLIS
PENUTUP PESTA BUKU SELANGOR 2013 yang telah berlangsung selama 11 hari.
Pesta Buku menjadi acara tahunan bagi PPAS(Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor) dan telah semakin terserlah dan mendapat sambutan hangat sejak bermulanya dengan pengisytiharan HARI ILMU oleh DYMM SULTAN SELANGOR pada 26 JUN 2010 dalam gerakan membaca perdana yang telah memecah MALAYSIA BOOK OF RECORDS sebagai the largest outdoor reading event yang berjaya mengumpul 15,271 peserta untuk membaca selama 1 jam di TASIK SHAH ALAM.

Rentetan daripada segala usaha untuk mengilmukan rakyat Selangor, PPAS
telah di amanahkan oleh EXCO PENDIDIKAN bagi pihak kerajaan Selangor
untuk MERAKYATKAN ILMU, yakni menjadi agensi penting untuk memberi akses
kepada rakyat Selangor kepada pelbagai sumber ilmu khususnya bagi
mereka yang kurang mampu.
Ini merupakan strategi kerajaan Selangor melonjakkan kualiti hidup
melalui proses membudayakan ilmu agar rakyat Selangor terlengkap dengan
segala bekalan ilmu untuk memberdayakan modal insan ke arah keberkesanan
hidup di dunia dan insya Allah hingga akhirat.
SHAH ALAM CONVENTION CENTRE sebuah anak syarikat PKNS telah dipilih untuk menjadi venue yang menyediakan suasana yang kondusif, santai dan dilengkapi dengan kemudahan solat dan tempat rehat dan sangat sesuai untuk seisi keluarga.
Pempamer buku dan alat pendidikan daripada pra sekolah hingga ke IPT dengan harga yang sangat berpatutan adalah poin positif dalam usaha menggalakkan masyarakat melabur untuk sumber ilmu: buku!
Tahniah PPAS, PEMPAMER, SACC dan semua pengunjung serta rakyat Selangor yang semakin deras melangkah ke depan menjadi warga berilmu pengetahuan.
Semoga visi Selangor untuk menjadi negeri idaman, maju, sejahtera dan berkebajikan insyaAllah akan tercapai. AminRead More “PESTA BUKU SELANGOR KEDUA TERBESAR DI MALAYSIA” »» 0 comments

0 orang berkata:
Post a Comment