Piala FA: Jangan ada lagi provokasi
1 Jun 2013
Anggota
keselamatan memberkas seorang penyokong Pahang yang menyerbu masuk ke
dalam kawasan padang di Stadium Darul Makmur, Selasa lalu. - Foto:
Safwan Mansor
“ABAIKAN segala provokasi yang boleh memecahbelahkan penyokong kedua-dua pasukan."
Itu pesanan ringkas dari seorang penyokong, Mohd Amirul Azwar, mewakili Ultras Pahang yang tidak mahu insiden sama seperti berlaku di Stadium Darul Makmur ketika pertembungan separuh akhir Piala FA antara Pahang dan Johor Darul Takzim, berulang.
“Kita datang ke Stadium Nasional Bukit Jalil dengan satu misi iaitu memastikan Pahang ke final bertemu Kelantan.
“Jika ada provokasi luar, abaikan dan jangan bertindak di luar kawalan. Padamkan api dendam yang membara dan kita bersatu di dalam stadium menyokong pasukan secara aman,” katanya.
Sementara itu, Presiden Kelab Penyokong Johor, Azlan Afandi Saufee Afandi, mahu penyokong JDT bersikap matang, menjaga keselamatan dan menikmati perlawanan bola sepak dengan semangat kesukanan tanpa perlu menimbulkan kekecohan.
Pertembungan kedua-dua pasukan pada 28 Mei lalu terpaksa dibatalkan akibat kekecohan penyokong kedua-dua pasukan dan perlawanan semula diadakan di Stadium Nasional, Bukit Jalil, malam ini.

0 orang berkata:
Post a Comment