Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified
Nuffnang Ads

Rabu, 12 Jun 2013

SEBELUM TURUN KE JALAN RAYA BACA INI DAHULU



MENGALIHKAN AJENDA




Rakyat Malaysia telah menyatakan bahawa mereka tidak menerima keputusan PRU 13. Orang ramai tahu bahawa penipuan telah dilakukan oleh SPR untuk memenangkan United Malaysa National Organisation.  Laporan media antarabangasa telah memberitahu tahu warga dunia bahawa undi majoriti – 52% - adalah milik Pakatan Rakyat. Rakyat Malaysia dan warga dunia telah juga  diberitahu bahawa ketika ini ombak membantah ke  jalan raya sedang berjalan dan sedang disusun.
Tunjuk perasaan di  jalan raya ini adalah bukti penolakan rakyat tehadap penipuan yang telah berjalan.  Beribu-ribu rakyat telah turun ke jalan raya menuntut kesemua 7 orang Pesuruhjaya SPR  meletak jawatan. Demo dijalan raya ini juga menuntut agar pemilihan dilakukan semula ditempat tempat berlakunya penipuan. Secara resmi Pakatan Rakyat telah membuktikan berlaku penipuan di 24 kawasan. Rakyat yang turun ke jalan raya juga menuntut dihentikan serta projek persempadanan semula. Projek persempadanan semula ini adalah satu lagi kerja jahat dan penipuan  SPR.
Pelik bin ajaib -  ketika rakyat Malaysia berdemo dijalan raya menolak keputuan PRU13 – ketika inilah  bersepah-sepah mucul berita remeh lagi temeh. Berita  tentang makan tanggung berak cangkung. Berita tentang penghinaan Agong dalam laman Facebook. Tidak cukup dengan berita  ‘menyekeh’ Agong ini dilaporkan juga berita menghina Nabi Muhamad.
Berita makan tanggung berak cangkung ini disambut pula oleh angan-angan   berahi untuk mewujudkan Akta Derhaka. Cadangan ini datangnya dari bekas Hakim. Kemudian cadangan ini disambut oleh pelbagai bentuk Ngo Melayu, Ngo Bumiputera dan Ngo Melayu Islam. Akta Derhaka ini khusus untuk kes makan tanggung berak cangkung ini, kunun, untuk memperlihatkan taat setia warga Malaysia kepada Raja dan Sultan.
Tapi paling lawak ialah apabila dikatakan  ada komen-komen  dan kata-kata yang kurang sopan ditulis dalam laman Facebook tentang Agong.   Tidak cukup dengan  kesah makan tangung berak cangkung , dilaporkan juga ada tulisan dalam Facebook  yang  dikatakan telah menghina Nabi.  
Si Polan yang menulis penghinaan  di Facebook ini jelas kurang pendidikan. Si Polan jenis  yang menghina Nabi Muhamad, Guru Nanak, Isa dari Nazareth atau sesiapa sahaja pastilah manusia kurang hajar. Si Polan sademikian bukan hanya ditemui di Malaysia malah diserata dunia kita akan bertemu dengan manusia jenis ini. Di Mekah, di Madinah  malah di Baitulmukadis pun bersepah-sepah si Polan jenis ini. Mereka merasa hanya agama mereka sahaja yang betul dan tepat. Agama yang lain dianggap agama sesat.
Sekali pandang berita-berita sademikian agar serious. Tetapi ianya telah menjadi bahan lawak.  Berita ini menjadi bahan lawak kerana ada saorang  Pak Menteri berkata bahawa dia akan mengambil tindakan undang-undang terhadap tulisan diFacebook yang menghina Nabi.  Biasanya kalau seseorang  dihina akan ada saman malu. Tetapi Nabi telah lama wafat. Maka kes menghina dan  saman  malu tidak timbul.
Yang timbul ialah Pak Menteri telah  menjadi bahan lawak. Orang ramai yang rasional mula bertanya bila  Sang Menteri ini mendapat kebenaran dari Nabi untuk mengambil tindakan undang-uandang. Adakah kaum keluarga Nabi telah meminta Ahmad Shabery Cheek  untuk mewakili Nabi dengan mengajukan writ saman malu. Saya  tidak pula terbaca dalam akhbar yang melaporkan bahawa si Shabery ini telah menerima watikah dari Nabi untuk membuat saman malu.
Apa yang ingin saya nyatakan disini ialah  semua berita-beria ini hanyalah  sandiwara. Kita sedang melihat sandiwara sedang  dipentaskan.   Sandiwara bertemakan makan tanggung berak cangkung. Sandiwara  bertemakan hina Nabi di Facebook.  Biar saya terangkan kenapa semua ini  saya anggap berita-beriat ini satu sandiwara.
Nabi tidak pernah melantik sesiapa jauh sekali Shabery Cheek untuk untuk mewakili dirinya.  Masalah kacau dan bilau dalam dunia ini bukan kerana tuntutan   atau ajaran Nabi. Kacau bilau ini dilakukan oleh mereka yang mengakui mewakili Nabi.
Manusia  saperti Pak Menteri Shahbery Cheek ini sedang berselindung dibelakang  Nabi. Orang-orang inilah yang meneruskan kacau bilau agar  mereka terus berkuasa. Nabi dan agama telah dijadikan benteng untuk mereka  terus menipu. Nama Nabi digunakan untuk menghalalkan  mereka  merompak harta kekayan negara.   Nabi dan  Agama digunakan untuk menghalalkan kezaliman.
Semua berita ini saya anggap sandiwara kerana berita-berita muncul pada saat yang amat genting. Saat genting yang saya maksudkan ini ialah ketika rakyat seluruh Malaysia atau lebih tepat lagi – 52% rakyat Malaysia ini sedang berarak ke jalan raya  menolak keputusan PRU13.
Saya melihat heboh heboh tentang Agong, heboh heboh tentang makan  tanggung berak cangkung atau heboh heboh tentang hina Nabi ini sengaja direka-reka. Berita-berita ini sengaja direka untuk mengalihkan pandangan orang ramai terhadap penipuan undi  yang telah dilakukan oleh SPR dalam PRU13.
Sebaik sahaja keputusan PRU13 keluar – anak semua bangsa – telah menolak keputusan tersebut. Laungan – tipu tipu tipu -  terdengar disana  sini. Laman web dan alam maya menggelegak heboh dengan bukti-bukti penipuan. YouTube telah menyangkan berpuluh klip Mat Bangla  dan Mat Indon ditangkap kerana mengundi. YouTube juga telah menayangkan episod dakwat kekal yang hilang  sesudah dibasuh.  Malah gambar jari  Karpal Singh dan Harun Din terpampang dalam alam maya  sebagai bukti dakwat kekal yang menipu.
Dari alam maya – kemarahan ini telah diterjemahkan ke Stadium Kelanja Jaya. Seramai 150,000 anak anak muda – anak semua bangsa – telah  berhimpun menolak  keputusan PRU13. Ombak bantahan  ini telah merebak ke Pulau PInang, ke Johor Bahru, ke Melaka,  ke Negeri Sembilan. Kini ombak jalan raya ini akan meranum ke  Perlis, ke  Sungai Petani, merebak ke Kota Bahru dan Batu Pahat. Sebelum ianya merebak kembali ke Kuala Lumpur.
Juteru, untuk memadamkan ombak kemarahan orang ramai ini maka ditimbul cerita dongeng tentang Akta Derhaka, tentang kesah hina Nabi atau tentang makan tanggung berak cangkung.
Orang ramjai  tidak pernah melihat dan mengenali siapakah Minah  yang dikatakan menghina Nabi. Apakah Minah ini wujud atau apakah Minah ini hanya diwujudkan untuk tujuan mengalihkan pandangan rakyat dari turun ke jalan raya.  Berita-berita tentang Minah ini telah menimbulkan banyak persoalan.
Biasanya dalam alam maya – jika ada kes saperti ini maka bahan bukti  – gambar dan print screen – akan muncul serta merta. Dengan sekelip mata bahan bukti ini akan menjadi viral. Tetapi dalam kes Minah hina Agong ini tidak ada satu habuk puin ‘print screen’. Umum hanya mengetahui melalui laporan Utusan Malaysia. Percaya kepada Utusan Malaysia samalah  saperti percaya kepada  Naga Kepala Tujuh sedang menjaga Puteri Gunung Ledang.
Tidak cukup dengan laporan berita  Naga Kepala Tujuh – dalam berita yang  sama dilaporkan juga  puluhan Ngo Melayu meminta tindakan dijalankan terhadap si  Minah ini. Yang peliknya dikatakan ada 20 atau ada  40 Ngo yang membuat laporan. Tetapi  TIDAK ada nama-nama Ngo  yang disebutkan. Apakah ini Ngo halimunan atau Ngo pengamal ilmu gharaib. Langsung tidak wujud gambar  untuk memperkuatkan berita bohong ini.
Hal  yang sama juga  terjadi dalam kes hina Nabi.   Dari laman mana, dari Facebook mana – hina nabi – ini muncul. Tidak  pula ada penjelasan. Tidak ada bukti ‘print screen’. Yang menghebohkan berita hina Nabi ini hanya  Utusan Malaysia. Nampaknya , akhbar ini  telah menjadikan dirinya  Ahlul-Bait untuk mempertahankan nama Nabi. 
Saya berharap  pembaca  akan dapat mencantumkan berita ini satu persatu. Berita-berita ini wajib disusun dan dipetakan. Bila  kesemua berita-berita ini dipetakan maka akan jelas dapat dilihat bahawa semua berita ini adalah rekaan. Berita rekaan ini bertujuan untuk mengalikan pandangan orang ramai yang sedang marah.  Berita berita ini sengaja dirancang untuk memandulkan perasaan marah orang ramai yang ingin turun ke jalan raya.  Berita ini juga bertujuan untuk menakut-nakutkan dan memperbodoh-bodohkan Orang Melayu.
United Malays National Organisation kini dalam kekalutan. Najib telah gagal  untuk mendapatkan kembali 2/3 kerusi dalam Parlimen. Najib telah gagal untuk mengambil alih Selangor.  Manjoriti rakyat Malaysia  sedar bahawa  Pakatan Rakyat telah menang.  Kemenangan  Pakatan Rakyat telah dirampas.
Kuasa yang didapati oleh parti Ketuanan Melayu melalui undi tipu. Penipuan  ini dirancang dengan licik  bukan sahaja oleh SPR malah dengan kerjasama lembaga-lembaga  daulah dan ajensi-ajensi  kerajaan. Hari ini  majoriti rakyat Malaysia bersama rakyat dunia tidak akan mengikitiraf kemenangan United Malays National Organisation.
Jelas kerajaan United Malays National Organisation bukan sahaja kerajaan haram malah  dari segi jumlah undi,  parti Ketuanan Melayu dan kuncu-kuncunya adalah  parti yang mendapat sokongan minoriti. Di Semenanjung undi mereka undi minoriti dan di Sabah dan Sarawak juga mereka mendapat undi  monoriti.  Jelas Parti Ketuanan Melayu ini telah ditolak oleh rakyat.
Kerana semua ini maka cerita dongeng tentang hina Nabi dan  hina Agong direka. Walau apa pun  cerita reka – termasuk berita Rosmah terberakkan emas – orang ramai tetap menolak keputusan PRU13. Percubaan untuk mengalihkan pandangan orang ramai dengan kesah-kesah dongeng  terbukti gagal.

Rakyat tetap akan marah. Tipu tetap tipu. Cerita-cerita  Nabi atau cerita-cerita  Agong tidak akan memandulkan semangat anak-anak muda untuk turun ke jalan raya. Kemarahan ini akan dibuktikan pada petang Sabtu 22 Jun di Dataran Padang Merbok.  Perhimpuanan kali ini amat stratejik. Dataran Padang Merbok betul-betul dipinggir Parlimmen.  Semua  dijemput untuk membuat sejarah. (TT)

NOTA:
tulisasn ini telah disiarkan
dalam akhbar SUARA KEADILAN terbaru
sesiapa yang ingin melanggan akhbar mingguan ini
sila pukul talipoan : 03-92-21-10-45


---------
Nuffnang Ads

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.