Saturday, June 22, 2013
Ambiga: SPR perlu letak jawatan kerana persempadanan semula dijalankan hujung tahun ini
OLEH WARTAWAN THE MALAYSIAN INSIDER
JUNE 22, 2013
Datuk
Ambiga Sreenevasan menggesa kepimpinan tertinggi Suruhanjaya Pilihan
Raya (SPR) meletakkan jawatan secara serta merta kerana persempadanan
semula akan dijalankan hujung tahun ini.
Menurut
Ambiga, dalam masa dua-tiga bulan ini jika kepimpinan SPR masih sama,
tidak akan berlaku pembersihan dalam daftar pemilih.
“Ia
tidak boleh diteruskan tanpa pembersihan daftar pemilih,” kata
pengerusi bersama Bersih 2.0 itu merujuk kepada proses persempadanan
semula.
“Mereka
bertanggungjawab terhadap daftar pemilih yang tidak bersih, mereka
bertanggungjawab dalam dakwat kekal dan mereka bertanggungjawab dalam
PRU yang paling kotor dalam sejarah,” tambahnya.
Bersih 2.0 telah menganjurkan tiga perhimpunan untuk menuntut reformasi pilihan raya semenjak 2007.
Ketiga-tiga perhimpunan Bersih sebelum ini kesemuanya berakhir dengan keganasan polis.
Bersih
juga sebelum ini juga mengumumkan akan mengadakan Tribunal Rakyat untuk
menyiasat dakwaan kecurangan dan penipuan dalam Pilihan Raya 2013 pada 5
Mei lalu. - 22 Jun, 2013.



0 orang berkata:
Post a Comment