'Saya tunggu daripada SPR'
11 Jun 2013
Abdul Ghani
SHAH ALAM - Peguam Negara, Tan Sri Abdul Ghani Patail menegaskan
pihaknya sedia menerima petisyen bantahan keputusan PRU13 lalu.
Bagaimanapun katanya, beliau masih menunggu perkara tersebut daripada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bagi meneruskan prosiding seterusnya.
“Saya tunggu daripada SPR berikan kepada saya. Kita sedia terima daripada mereka (SPR),” katanya kepada Sinar Harian.
Semalam, Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli mengumumkan bahawa PR akan memfailkan petisyen melibatkan 25 kawasan Parlimen dan 10 kawasan Dun.
Katanya, satu petisyen berasingan akan difailkan berhubung kesalahan seorang calon BN yang didakwanya melanggar had perbelanjaan pilihan raya.
Katanya, daripada 25 petisyen itu, PKR akan memfailkan 19 kerusi, empat kerusi oleh Pas dan dua lagi oleh DAP.
Antara Parlimen yang difailkan PKR ialah bagi kawasan Parlimen Merbok, Kulim- Bandar Baharu, Ketereh, Machang, Balik Pulau, Tapah, Bagan Datok, Sabak Bernam, Setiawangsa, Segamat, Ledang, Muar, Tebrau, Pasir
Gudang, Kota Marudu, Beaufort, Pensiangan dan Baram.
Pas pula melibatkan kawasan Parlimen Sungai Besar, Kuala Selangor, Titiwangsa dan Pulai manakala DAP pula membabitkan kerusi Cameron Highlands dan Labis.
Selain kerusi Parlimen, sebanyak 10 kerusi melibatkan kawasan Dun di seluruh negara iaitu sembilan daripadanya ditandingi Pas manakala satu lagi oleh PKR.
Mengulas lanjut, Ghani berkata, pihaknya masih belum menerima apa-apa berhubung petisyen berhubung bantahan keputusan pilihan raya.
“Setakat hari ini (semalam), saya masih belum terima apa-apa petisyen pilihan raya. Dalam Twitter, memang mereka (PR) ada beritahu yang mereka failkan petisyen,” katanya.
Ketua Hakim Negara Tun Arifin Zakaria, sebelum ini dilaporkan memberitahu sebarang petisyen yang dikemukakan parti politik yang bertanding pada PRU13 perlu didengar dan diselesaikan dalam tempoh enam bulan daripada tarikh ia difailkan.
Arifin berkata, tempoh enam bulan itu adalah realistik, kerana menjangkakan terdapat petisyen yang akan dikemukakan dari Sabah, Sarawak dan negeri-negeri di Semenanjung.

0 orang berkata:
Post a Comment