Selagi SPR tidak dirombak
12 Jun 2013
Mahfuz Omar
ALOR SETAR - Pas berpendirian selagi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR)
tidak dirombak, ketelusan berhubung persempadanan semula yang ingin
dilaksakan badan itu akan terus menimbulkan keraguan.
Mengakui persempadanan kawasan Parlimen dan Dun adalah satu keperluan, namun menurut Naib Presiden Pas, Datuk Mahfuz Omar, ia harus diselarikan dengan rombakan jawatan tertinggi SPR dan berfungsi sebagai badan bebas.
Katanya, walaupun ia satu usaha yang baik namun pihaknya mahu meneliti pelaksanaannya sama ada benar-benar telus dan dibuat mengikut lunas demokrasi.
“Kena tunggu dan lihat cara ia dilaksanakan. Apa yang SPR akan kemukakan dalam mengendalikan proses persempadanan semula. Saya tidak yakin ia akan dibuat secara telus selagi badan itu sendiri tidak dirombak sebagai badan bebas,” katanya.
Menurutnya, SPR harus diberi nafas baru dengan membuat rombakan dalam jawatan tertinggi selain disuntik formula baru bagi kaedah pelantikan untuk jawatan pengerusi dan timbalan Pengerusi.
“Jika rombakan tidak dibuat sama ada dalam badan itu atau jawatan tertinggi, sebarang perubahan tidak akan memberi makna,” katanya.
Mahfuz turut mempertikai kenapa isu persempadanan semula diberi keutamaan selepas PRU13, bukan lapan isu yang dibangkitkan dalam Bersih 3.0.
“Langkah pertama ialah tunaikan tuntutan yang dikemukakan, ia wajar diberi keutamaan. Sekurang-kurangnya bagi tumpuan pada penubuhan Siasatan Diraja (RCI) untuk siasat semua dakwaan penyelewengan,” katanya.
Sebelum ini, Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata, persempadanan semula akan dilaksanakan bermula tahun ini ekoran daripada proses pembangunan dan migrasi di kawasan-kawasan bandar.
Jumlah kawasan Parlimen kini adalah 222 manakala kerusi Dun, 576. Perubahan kerusi Parlimen dan Dun hanya akan bertambah apabila mendapat persetujuan di peringkat Dewan Rakyat dan negeri.
SPR berkata, ia dilakukan selepas tertangguh pada 2011 dan akan dilaksana secara berperingkat dan dijangka siap dalam tempoh dua tahun.
Abdul Aziz berkata, kawasan-kawasan berpenduduk padat akan dipecahkan bagi memastikan keadaan lebih terurus.

0 orang berkata:
Post a Comment