Thursday, June 13, 2013
Api Dilawan Api, Siapa Akan Terbakar?
Adakah nanti kedegilan memakan diri
Tinggal lagi di pihak mana?
Rakyat atau SPR?
SPR uji kesabaran rakyat
Tinggal lagi di pihak mana?
Rakyat atau SPR?
SPR uji kesabaran rakyat
FMT Staff| June 13, 2013
Sehingga
kini sudah 10 kali himpunan Blackout 505 telah diadakan di seluruh
negara menuntut agar kepimpinan SPR melepaskan jawatan mereka.
PETALING
JAYA: Apabila Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abdul
Aziz Mohd Yusof berkata kepimpinan SPR tidak akan meletak jawatan maka
sebenarnya ia menguji kesabaran rakyat.
Sikap
beliau ini mengundang kemarahan dan menguji kesabaran ketika rakyat
sedang bangkit menentang perjalanan sistem pilihan raya yang melanggar
prinsip demokrasi.
Sebab
itu sehingga kini sudah 10 kali himpunan Blackout 505 telah diadakan di
seluruh negara menuntut agar pimpinan SPR melepaskan jawatan mereka.
Tetapi
sehingga kini tiada apa-apa response yang mereka berikan kepada rakyat.
Mereka jelas memekakkan telinga mereka tidak memperdulikan tuntutan
yang dibuat oleh rakyat Malaysia.
Semalam,
Aziz Yusof berkata barisan kepimpinan suruhanjaya itu tidak akan
meletak jawatan hanya kerana didesak sesetengah pihak yang tidak berpuas
hati dengan proses pilihan raya umum ke-13.
Menurutnya
barisan kepimpinan SPR yang terdiri daripada beliau, timbalannya dan
lima anggota jawatankuasa suruhanjaya itu, dilantik mengikut
Perlembagaan Persekutuan dengan persetujuan Majlis Raja-Raja sebelum
diperkenan oleh Yang di-Pertuan Agong.
Mengulas
mengenai kedegilan kepimpinan SPR enggan meletakkan jawatan walaupun
terdapat banyak penipuan dan penyelewengan semasa PRU-13 lalu, Naib
Presiden PAS Salahuddin Ayub berkata:
“Ketika
semakin kuat keyakinan rakyat bahawa pilihan raya umum yang lepas
dicemari penipuan, pemimpin-pemimpin SPR sepatutnya meletakkan jawatan
jika mereka bermaruah.”
Dengan
meluahkan kata-kata ini bermakna beliau mempertikai sikap Pengerusi SPR
yang berkeras bahawa pemimpin-pemimpin suruhanjaya itu tidak akan
meletak jawatan hanya kerana didesak oleh pihak yang tidak berpuas hati
dengan proses PRU-13.
Kata
Salahuddin, pemimpin-pemimpin SPR itu bukan sahaja enggan mengambil
tindakan bermaruah dan meletak jawatan, malah mereka memilih untuk
menyerang rakyat yang tidak dapat menerima pilihan raya 5 Mei lalu
sebagai pilihan raya yang bersih dan adil.
Menurutnya,
keyakinan rakyat bahawa pilihan raya tersebut sebagai pilihan raya
penuh penipuan bukan dibuat berdasarkan imaginasi mereka.
Malahan
ianya berdasarkan begitu banyak laporan polis yang dibuat serta
pelbagai pendedahan demi pendedahan yang tidak dijawab dengan meyakinkan
oleh SPR, katanya.
Dan
rakyat Malaysia jelas tidak akan bangkit menuntut hak mereka sekiranya
pilihan raya umum yang lepas dilaksanakan dengan adil dan saksama.
Maka
sebab itu, himpunan Blackout 505 akan diteruskan juga pada Sabtu, 22
Jun ini di Padang Merbok, dekat Bank Negara, Kuala Lumpur walaupun tidak
mendapat kebenaran polis.
Menurut
Pengarah Strategi PKR yang juga Ahli Parlimen Pandan Rafizi Ramli,
perhimpunan ini akan diteruskan walaupun pihak penganjur tidak mendapat
permit dari Dewan Bandaraya Kuala Lumpur dan pihak polis.
Posted by
mountdweller



0 orang berkata:
Post a Comment