Thursday, June 6, 2013
KeCoh Dunia Artis Pulaak!
Dah berjangkit perangai orang politik pulak dah
Saman menyaman!
Raja Azmi (tengah) bersama beberapa individu lain memegang salinan laporan polis selepas mendakwa ditipu seorang pemuda. Foto Ihsan KOSMO!
Saman menyaman!
Published: Khamis Jun 6, 2013 MYT 3:20:00 PM
Updated: Khamis Jun 6, 2013 MYT 3:42:02 PM
Updated: Khamis Jun 6, 2013 MYT 3:42:02 PM
Raja Azmi Bertegas Punyai Bukti Pelakon Baharu Penipu
Wajah terbaharu Raja Azmi
KUALA LUMPUR:
Penerbit filem Raja Azmi terus bertegas dengan mengatakan mempunyai
bukti kukuh ditipu seorang pelakon baharu yang turut menggunakan namanya
untuk memperdayakan orang awam.
Raja
Azmi atau nama sebenarnya Raja Azmi Raja Sulaiaman, 53, berkata, dia
tidak terlintas untuk memfitnah pemuda berkenaan tetapi apa yang berlaku
itu adalah satu kebenaran.
“Dia
tuduh saya memfitnah dan memburuk-burukkan namanya di laman sosial
tetapi ia bukan satu fitnah. Ia adalah cerita benar kerana saya memiliki
bukti-bukti yang dia telah menipu saya serta orang awam di luar sana,”
katanya.
Raja
Azmi ditemui pada sidang media bagi membersihkan namanya berhubung
kejadian itu di RK Recipe & Cafe, Taman Melawati, di sini, Khamis.
Turut hadir beberapa individu bersama laporan polis yang mendakwa diperdaya pemuda berkenaan.
Pada
Selasa lalu, pelakon baharu yang dikenali sebagai Adam Davin, 25, atau
nama sebenarnya Davinder Singh Gurchran Singh membuat laporan di Ibu
Pejabat Polis, Ampang Jaya dekat sini kerana mendakwa difitnah Raja
Azmi.
Pemuda
itu turut mendakwa Raja Azmi telah menggunakan media sosial untuk
memfitnahnya dengan menuduh dia menipu duit pelakon lain, suka mencuri
dan tidak memulangkan baju tajaan selepas dia menarik diri daripada
menaja pembikinan sebuah filem milik Raja Azmi iaitu Anak Ikan bernilai RM1.4 juta.
Raja Azmi (tengah) bersama beberapa individu lain memegang salinan laporan polis selepas mendakwa ditipu seorang pemuda. Foto Ihsan KOSMO!
Dalam
sidang media berkenaan Raja Azmi memberitahu, perbuatan pemuda
berkenaan menyebabkan dia dipandang negatif oleh masyarakat.
Malah katanya, Adam Davin juga telah menggunakan populariti Raja Azmi untuk memperdayakan individu tertentu.
Dalam
pada itu Raja Azmi mengakui terdapat perbincangan mengenai tajaan
sebanyak RM500,000 yang ingin dilaburkan oleh bapa Davin dengan syarat
anaknya itu mesti menjadi hero dalam filem tersebut.
Namun
katanya, Davin sering mengelak daripada membuat perbincangan hal tajaan
tersebut dan pada masa sama sudah mula menggunakan nama penerbit itu
untuk kepentingan peribadi.
"Dari
dulu lagi saya tak pernah minta sesiapa untuk menaja filem saya. Tetapi
apabila ada orang yang datang menawarkan pelaburan dalam filem saya
itu, siapa yang tak nak bukan?
"Sudahlah
dia sentiasa menipu mengatakan dia seorang anak tauke beberapa jenama
kain terkemuka, dia gunakan nama saya pula untuk kepentingan peribadi
dia."Malah dia telah menganjurkan sebuah sesi pencarian bakat untuk
filem baru saya itu tanpa pengetahuan saya. Atas sebab apa? Saya tak
pasti.
"Dan
tiba-tiba dia kata dia telah menarik tajaannya itu selepas melihat
reputasi buruk saya sebelum ini. Sedangkan sehingga kini kami tidak
sempat berbincang mengenai pelaburan yang mahu dikeluarkan bapanya itu,"
ujarnya.
Dalam
pada itu, Raja Azmi berkata selepas dia menulis mengenai perbuatan
Davin tersebut dalam Instagram miliknya, ramai individu turut berkongsi
menjadi mangsa ditipu.
"Sekarang
ini, semua mangsa telah membuat laporan polis, begitu juga dengan saya
Cuma kami berharap agar Davin segera ditangkap memandangkan terdapat
banyak bukti-bukti mengenai penipuannya itu,” tegasnya.



0 orang berkata:
Post a Comment