Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

Tuesday, June 25

Malu besar woi jadi bangsa Amno neh [Saksikan buktinya...]

Dewan Rakyat dicemari penipuan undi Speaker

KUALA LUMPUR 24 JUN: Tan Sri Pandikar Amin Mulia hari ini dilantik sebagai Speaker Dewan Rakyat bagi penggal ke-13 setelah mendapat majoriti undi yang dicemari penipuan.

Pandikar mendapat undian sebanyak 133 undi dari wakil BN berbanding calon Speaker yang dicadangkan Pakatan Rakyat, Datuk Kadir Sulaiman yang hanya meraih sebanyak 89 undi dari wakil Pakatan.

Nama Pandikar dicadangkan oleh Ahli Parlimen Pekan, Datuk Seri Najib Razak sebelum disokong oleh Ahli Parlimen Pagoh, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Khalid Ibrahim mencadangkan Kadir sebagai Speaker.

Dari Pakatan pula, Ahli Parlimen Bandar Tun Razak, Tan Sri Khalid Ibrahim mencadangkan nama Kadir sebagai Speaker sebelum disokong Ahli Parlimen Gelugor, Karpal Singh.

Ketika pengundian berjalan, Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar mempertikai tandatangan yang perlu diturunkan di atas kertas undian selepas undian dibuat sebelum disokong oleh MP Segambut, Puchong dan Sepang.

Ekoran itu, Ahli Parlimen Batu, Tian Chua mendesak Setiausaha 1 Dewan membaca standing order bagi memahami pertikaian yang dibangkitkan.

“Dewan pun mahu tipu undi?” sindir Tian.

Speaker pula dalam ucapannya memaklumkan kerusi Ahli Parlimen Pakatan Rakyat disusun mengikut kekananan (senioriti) sebagai satu parti. ~ KD

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.