Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

Wednesday, June 12, 2013

Wan Ahmad Didakwa Menghasut

Wan Ahmad hasut rakyat kumpul bukti - pengundi
KUALA LUMPUR: Seorang pengundi, Mohd Azlan Sharif ke balai polis sekali lagi bagi membuat laporan, kali ini beliau mendakwa Timbalan Pengerusi SPR, Datuk wan Ahmad Wan Omar menghasut rakyat mengumpul bukti.

Bagi beliau yang membuat laporan polis yang ke 8 hari ini, menghasut menyuruh rakyat mengambil bukti adalah menyuruh rakyat melakukan sesuatu yang tidak boleh dilakukannya yang sekaligus membawa maksud menyuruh rakyat melakukan sesuatu yang melanggar undang undang.

Dan ini bukan kali pertama kenyataan sedemikian dikeluarkan oleh beliau, SPR dan media, katanya.

"Saya membuat repot polis ini supaya pihak polis boleh menyiasat dan mengambil tindakan undang undang terhadap Datuk Wan Ahmad Wan Omar, SPR, Berita Harian dan Haspaizi Mohd Zain.

"Ini agar hasutan sedemikian tidak dikeluarkan atau disiarkan lagi oleh mana mana pihak," kata Azlan dalam laporan polisnya.

Beliau membuat repot polis merujuk kepada apa yang disiarkan oleh akhbar Berita Harian bertarikh 11 Jun 2013 di muka surat 17 oleh Haspaizi Mohd Zain dengan tajuk ‘tak puas hati, fail petisyen’.

Datuk Wan Ahmad Wan Omar dalam berita itu berkata:

“Jika ada pihak yang tidak berpuas hati, kumpul bukti dan failkan petisyen. Tempoh untuk memfailkan petisyen akan berakhir esok(12 Jun 2013) iaitu 21 hari selepas keputusan pilihan raya di wartakan SPR pada 22 Mei lalu."

Azlan mendakwa, kenyataan Datuk Wan Ahmad Wan Omar tersebut jelas memberikan kenyataan maklumat yang salah menerusi media.

Kononnya akan memberikan gambaran bahawa beliau dan SPR adalah betul dan benar serta tidak melakukan kesilapan kerana tidak ada pihak yang berjaya membawa atau mengemukakan bukti.

"Saya tidak percaya seseorang yang berkedudukan sepertinya tidak tahu mengenainya. Saya juga tidak percaya beliau tidak dapat mendapat atau menerima nasihat daripada bahagian perundangan SPR," katanya - sumber

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.