Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

Wednesday, June 12

PANAS: Rupanya TAK HABIS lagi cerita Altantuya [Tengok neh...]

Bicara semula boleh kesan pembunuh sebenar Altantuya

KUALA LUMPUR 11 JUN: Permohonan perbicaraan salah bekas pegawai polis, Sirul Azhar Umar yang dijatuhi hukuman mati kerana membunuh Altantuya Shaariibuu sekiranya diluluskan mahkamah, boleh membawa implikasi perbicaraan semula ke atas kes tersebut, sekali gus mengesan lebih banyak pihak yang terlibat dalam kes pembunuhan wanita Mongolia itu.

“Sirul dan Azilah boleh terlepas. Perbicaraan semula boleh dibuat untuk mendapat tahu siapa sebenarnya yang bersalah,” kata Pengarah Guaman KEADIILAN, Latheefa Koya kepada Keadilan Daily.

Jelasnya, seseorang boleh bebas atas sebab salah tuduhan, dakwaan dibawah seksyen yang silap, atau hakim belum ‘swearing-in’ (mengangkat sumpah jawatan).

“Apa yang penting dalam kes ini terdapat pembunuhan dan kematian. Rakyat nak tahu siapa yang diadili,” kata Latheefa lagi.
Semalam, Mahkamah Rayuan Putrajaya membenarkan permohonan perbicaraan silap oleh Sirul untuk mengisytiharkan perbicaraan salah dalam kes beliau membunuh Altantuya.

Dalam notis usulnya difail pada 3 Jun, Sirul Azhar memohon diisytihar sebagai perbicaraan salah oleh Mahkamah Tinggi kerana mendakwa terdedah kepada publisiti buruk secara meluas dan prejudis terhadap dirinya, dengan itu dinafikan perbicaraan yang adil.

Publisiti buruk diterimanya menimbulkan kebarangkalian bahawa hakim mahkamah tinggi bersikap berat sebelah dan dengan itu sabitannya boleh dipertikaikan.

Sirul mendakwa publisiti buruk itu menerusi tiga akuan bersumpah, iaitu dua oleh P Balasubramaniam dan satu lagi oleh Raja Petra Kamarudin.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.